Dollah Salleh.
Dollah mungkin tak bersama Tok
Gajah Ahad ini
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL
KUANTAN: Skuad Pahang yang akan
melayan kunjungan PJ City FC di Stadium Darul Makmur Ahad ini, dijangka tidak
mendapat bimbingan pengendalinya, Dollah Salleh.
Ini kerana bekas pemain
kebangsaan itu menghadiri kursus lesen pro di Kuala Lumpur dan kemungkinan
tugas itu dipikul dua penolong jurulatih, Ahmad Shaharuddin Rosdi dan
Shahrulnizam Sahat.
"Sama ada saya akan berada
di Kuantan pada hari perlawanan (Ahad ini) tidak dapat disahkan buat masa ini
kerana perlu menghadiri kursus lesen pro.
"Tapi, jika diberikan
pelepasan oleh pengurusan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), saya akan bersama
pemain kerana ia perlawanan yang sengit untuk mengukuhkan kedudukan pasukan
dalam saingan Liga Super.
"Lebih-lebih lagi, PJ City
berada pada prestasi terbaik ketika ini termasuk membenam PKNS FC 1-0 pada 30 Mac
lalu," katanya.
Selepas tujuh perlawanan, Pahang
kini mengungguli takhta liga dengan 17 mata manakala PJ City yang mengutip
tujuh mata berada di kedudukan kesembilan.
Bagi tuan rumah, kemenangan ke
atas PJ City dengan kelebihan beraksi di laman sendiri diyakini membantu skuad
Tok Gajah untuk kekal berada di persada liga.
Justeru, Pahang yang kali pertama
menjulang Piala Liga Super pada musim 2004 tidak boleh melepaskan mata kepada
skuad kendalian K Devan.
Atas faktor itu, Dollah yang juga
bekas pengendali Harimau Malaya mahu anak buahnya mengekalkan momentum aksi
cemerlang selepas merekodkan lima kemenangan dan dua seri.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat,
5 April 2019 | 12:18pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan