Wartawan Sinar
Harian
22 Mei 2017
Dollah Salleh
TIADA kekesalan
di raut wajah Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh walaupun pasukan
kendaliannya gagal menjulang Piala FA selepas tewas 2-3 di tangan Kedah di
Stadium Shah Alam kelmarin.
Bagi Dollah,
walaupun tewas beliau tetap berbangga dengan corak permainan pemainnya terutama
pada separuh masa kedua.
“Saya tak
menyesal apa pun. Rasa bangga lagi adalah. “Saya tak terfikir pun walaupun kami
tinggal 10 pemain, tetapi seolah-olah kita ada 11 pemain dan beri tentangan
sengit kepada pasukan lawan.
“Saya juga
bangga pemain ikuti semua arahan meningkatkan disiplin terutama separuh masa
kedua dan juga bantu serangan dan pertahanan,” katanya.
Namun Dollah
mengakui sedikit kecewa terutamanya
terhadap pemain naturalisasinya Kiko Insa yang dilayangkan kad merah di separuh
masa pertama.
Menurutnya, Insa
sudah diingatkan berulang kali untuk mengawal emosi di padang.
“Kita turunkan
Insa bagi kekang Liridon (Krasniqi), tetapi tak tahulah nak cakap macam mana.
“Kalau nak
ikutkan kita sudah ingatkan dia
banyak kali sebelum ini sebab kita memang dah tahu karakter dia. Masa
sebelum perlawanan tempoh hari pun saya ingatkan lagi,” ujarnya.
SUMBER-SINAR HARIAN
ONLINE 22 MEI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan