Sabtu, 20 April 2019

Dollah tetap merendah diri

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
DOLLAH (empat dari kiri) memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain Harimau Malaya pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini.

STATUS berhubung siapa lawan skuad Harimau Malaya pada kempen Piala Suzuki AFF 2014 yang bakal membuka tirainya November depan sudah diketahui umum.

Pada kempen kali ini, skuad kendalian Dollah Salleh diundi bersama tuan rumah yang juga juara bertahan, Singapura dan Thailand dalam aksi Kumpulan B.

Misteri satu lagi pasukan dalam kumpulan itu hanya akan terungkai sebaik berakhir pusingan kelayakan di Laos pada Oktober depan.

Tumpuan sudah pasti terarah kepada kemampuan skuad negara untuk menjinakkan Singapura dan Thailand dalam kempen dwitahunan itu.

Namun, Dollah tetap merendah diri dan menyifatkan skuad kendaliannya kekal dianggap underdog pada kempen kali ini.

"Tidak ada yang berubah, sama sahaja. Kedua-dua pasukan sama kuat dan dianggap pasukan pilihan.

"Bagi saya, Singapura dan Thailand memiliki kekuatan seimbang dan tidak perlu dibezakan sama sekali.

"Kami perlu berusaha keras kerana berada dalam 'kumpulan maut' pada kempen kali ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Atas kertas, cabaran untuk mengungguli kumpulan pastinya sukar, sekali gus tidak memberikan lebih banyak pilihan buat skuad Harimau Malaya selain sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan sebagai krite- ria penting untuk layak ke separuh akhir.

Namun, ia bukan keutamaan kerana bagi Dollah apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk merealisasikan sasaran awal untuk menempah slot ke pentas final."Sudah tentu kami akan berusaha memberikan yang terbaik. Jadi, persoalan itu se- patutnya tidak timbul (sama ada muncul juara ataupun naib juara kumpulan).

"Apa yang paling penting, kami harus berusaha sebagai satu pasukan (untuk lolos ke separuh akhir)," kata Dollah.Harimau Malaya bakal membuka tirai Kumpulan B berdepan juara pusingan kelayakan yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 29 November depan.Aksi Kumpulan A pula membabitkan tuan rumah bersama yang juga juara edisi 2008 iaitu Vietnam, Filipina, Indonesia dan naib juara peringkat kelayakan.

Aksi separuh akhir pertama dijadualkan pada 6 dan 7 Disember manakala perlawa- nan separuh akhir kedua bakal berlangsung pada 10 dan 11 Disember.Final pertama dan kedua pula dijadualkan pada 17 dan 20 Disember.

Namun, pusingan kelayakan Piala Suzuki AFF terlebih dulu akan berlangsung di Laos dari 12 hingga 20 Oktober yang membabit- kan tuan rumah bersama Myanmar, Kemboja, Timor Leste dan Brunei.Dalam perkembangan lain, Dollah menjelaskan, persiapan skuad kendaliannya kekal berjalan lancar menjelang aksi persaha- batan berdepan Tajikistan di Dushanbe malam esok.
"Cuma, pemain tampak sedikit keletihan kerana terpaksa mengharungi perjalanan hampir 24 jam sebelum tiba di Tajikistan (kelmarin)," jelas beliau.Ketika ini, Malaysia berada di kedudukan ke-151 manakala Tajikistan di tempat ke-124 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Sumber-KOSMO ONLINE 7.8.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan