MyMetroNode
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
KETUA jurulatih negara, Dollah
Salleh mengesahkan peletakan jawatannya sebaik tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam tadi.
Dollah menjelaskan, beliau
bertanggungjawab terhadap kekalahan Malaysia 0-10, di tangan UAE, di Abu Dhabi,
dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.
“Saya bertanggungjawab atas apa
yang berlaku dan dengan itu saya melepaskan jawatan saya. Saya akan berbincang
dengan FAM. Tapi, ini adalah muktamad,” kata Dollah.
Bintang Dollah mula menyinar
sebagai jurulatih apabila dia membawa MPPJ menjuarai Piala Malaysia selepas
menumpaskan Sabah, 3-0.
Beliau kemudian membawa pasukan
sama untuk menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Perdana pada 2004.
Pada 2005, beliau membimbing pula
skuad Selangor dan memenangi tiga gelaran - Liga Perdana, Piala Malaysia dan
Piala FA.
Selepas membawa Pahang menjuarai
Piala Malaysia selepas kempunan 21 tahun, Dollah berhijrah pula untuk
membimbing PDRM pada 2014.
Dollah kemudian dilantik dengan
kontrak dua tahun sebagai ketua jurulatih pada Jun 2014.
Di sebalik kecemerlangannya
sebagai pemain pada era 1980 dan 1990-an dan ketrampilannya membimbing skuad
Selangor MMPJ, PDRM dan Pahang belum cukup untuk menutup aib skuad bimbingannga
tumbang di tangan UAE.
Ia boleh diandaikan kekalahan
terburuk dalam sejarah bola sepak negara.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 5 September 2015 @ 12:01 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan