DOLLAH SALLEH
08 April 2019 8:10 PM
KUANTAN 8 April – Kegagalan skuad
Tok Gajah meraih tiga mata penuh menentang Petaling Jaya (PJ) City di laman
sendiri semalam ternyata mengecewakan Dollah Salleh selaku pengendali skuad itu
yang mengharapkan kemenangan untuk kembali mengungguli takhta Liga Super.
Dollah berkata, dia berasa hampa
kerana Pahang perlu menang perlawanan itu tetapi pemain gagal mencapai misi
tersebut.
“Sebenarnya, kita banyak peluang
menjaringkan gol tetapi faktor ketumpulan di bahagian serangan menyebabkan
tiga mata terlepas.
“Corak bertahan dipersembahkan
lawan juga menafikan Pahang untuk menambah jaringan terutama pada babak kedua,”
katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu di Stadium Darul Makmur di
sini semalam.
Pada perlawanan berkenaan, gol PJ
City dijaringkan bekas pemain kebangsaan, Safee Sali minit ke-32 sebelum Ze
Love menyamakan kedudukan pada minit ke-49 untuk skuad Tok Gajah.- UTUSAN
ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/saya-kecewa-dollah-1.878825#ixzz5khh6xJXo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan