ARKIB : 20/11/2007
KUALA LUMPUR - Tiga mata penuh
dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Paroi Sabtu lalu adalah
permulaan yang baik buat Selangor untuk merealitikan impian Presiden Persatuan
Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Kemenangan itu membangkitkan
rasa yakin skuad Selangor mahu menebus kembali persembahan tidak bermaya musim
lalu dan meneruskan kesinambungan kemenangan apabila berdepan pasukan berstatus
kelab, Johor FC malam esok.
Dua jaringan Selangor menerusi
D. Surendren dan Mohd. Amri Yahyah cukup melegakan jurulatih, Dollah Salleh
hasrat mengutip tiga mata penuh menjadi kenyataan.
Dollah berkata, kemenangan
tersebut membangkitkan keyakinan dan azam pemain untuk meneruskan aksi
cemerlang apa lagi menanti Johor FC di Stadium Shah Alam, esom malam.
Ini adalah permulaan yang
baik musim ini dan paling penting prestasi ini harus dikekalkan berterusan.
Agenda saya adalah tiga mata
penuh tidak kisah dengan pasukan mana bakal Selangor temui, ujarnya semalam.
Lebih melegakan Dollah dengan
prestasi Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Mohd. Amri Yahyah dan D. Surendren yang
menjadi kunci kejayaan Selangor menewaskan Negeri Sembilan.
Katanya, ketiga-tiga pemain
tersebut sering kali mengucar-kacirkan benteng pertahanan pasukan tuan rumah.
Ujar Dollah, beliau tidak
menafikan rasa lega dengan prestasi tiga anak didiknya sekali gus melenyapkan
seketika rasa gelisah tanpa bintang import
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4vqDaWbF9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan