Ahad, 2 Julai
2017 | 10:55am
Oleh Nik Sukry
Ramli
niksukry@bh.com.my
PENYERANG
Pahang, Matheus Alves Leandro (dua dari kanan) tidak dapat menyembunyikan perasaan
sedihnya selepas pasukannya tewas pada minit akhir kepada Felda United ketika
perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Tun Razak. - Foto BERNAMA
MARAN:
Pengendali skuad Pahang, Dollah Salleh mengkritik mutu pengadilan yang
disifatkan berat sebelah ketika pasukannya tewas 2-1 di tangan FELDA United
dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.
Dollah
berkata, dia merasakan pengadil bertugas Mohammad Zamzaidi Katimin sebagai
tidak tahu undang-undang perlawanan selepas menghadiahkan sepakan penalti
kepada The Fighters pada minit ke-88.
Katanya,
beliau kecewa apabila kekasaran terhadap pemain import mereka, Mohamadou
Sumareh di dalam kotak penalti yang jelas melayakkan Pahang memperoleh sepakan
penalti tidak dilayan pengadil berkenaan.
"Saya
memang kecewa dan sangat tidak puas hati dengan apa yang berlaku ... mereka
(pemain) sudah memberikan persembahan terbaik, tapi pengadil yang membunuh
semangat kami.
"Banyak
keputusan dibuatnya sepanjang perlawanan sangat menghampakan saya dan pemain...
saya sudah lama berdiam diri, kami (Pahang) seolah-olah menjadi mangsa dalam
banyak perlawanan sebelum ini pun... adakah semua (keputusan) sudah diatur?
"Banyak
kali kami dilayan seperti ini, " katanya pada sidang media selepas
perlawanan itu.
Mengenai
keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada FELDA United, Dollah
berkata, pengadil jelas tidak faham posisi 'ball to the hand' yang dilakukan
pemain The Fighters ketika situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol Tok Gajah
pada minit ke-88.
"Itulah
yang saya katakan tadi... dia (pengadil) ini faham atau tidak
(undang-undang)... kita boleh nampak ia adalah situasi 'ball to the hand'...
bukan pemain pertahanan kami sengaja memegang bola.
"Kenapa
apabila pemain kami meminta sepakan penalti ketika Sumareh dikasari dengan
jelas dalam kotak penalti mereka (FELDA United), dia buat tidak tahu... semua
orang nampak (kekasaran)," katanya.
Ketika ditanya
mengenai kemungkinan dia bakal berdepan tindakan daripada Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) kerana mengkritik keputusan pengadil perlawanan, Dollah berkata,
dia hanya mahu melihat mutu bola sepak dan pengadilan yang lebih baik.
"Saya
hanya mahu lihat sukan (bola sepak) ini terus diminati kerana kualiti permainan
dan pengadilan yang terbaik... ini untuk masa depan bola sepak negara.
"Kasihan
kepada penonton yang sanggup datang ke stadium, membayar tiket dan berharap
menonton perlawanan yang menghiburkan... tapi, jika beginilah mutu
(pengadilan), saya pasti mereka (penonton) juga kecewa.
"Saya
tahu peluang kita untuk mengejar pendahulu (Liga Super) ketika ini (Johor Darul
Ta'zim) sangat berat... tapi, kami akan cuba bangkit dalam aksi
seterusnya," katanya.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Ahad, 2 Julai 2017 | 10:55am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan