MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
WAJAH kecewa tidak dapat
disembunyikan pengendali Pahang, Dollah Salleh apabila skuadnya gagal mencipta
kemenangan ke atas PJ City FC, malam tadi.
Keputusan seri 1-1 itu
menyebabkan skuad Tok Gajah terlepas peluang untuk kembali memintas kedudukan
teratas Liga Super selepas lapan perlawanan .
"Perasaan hampa itu
sememangnya ada kerana kita perlu menang untuk kembali berada di takhta liga
tetapi pemain gagal mencapai misi itu.
Sebenarnya, kita mempunyai banyak peluang menjaringkan gol tetapi faktor
ketumpulan di bahagian serangan menyebabkan tiga mata terlepas.
"Corak bertahan
dipersembahkan lawan juga menafikan Pahang untuk menambah jaringan terutama
pada babak kedua," katanya yang juga bekas pemain kebangsaan.
Mengulas persembahan skuad itu,
Dollah berkata, anak buahnya sudah melakukan segalanya termasuk menyenaraikan
Dickson Nwakaeme pada babak kedua perlawanan.
Katanya, jaringan penyerang
Brazil, Jose Eduardo atau Ze Love sebaik bersambung babak kedua membantu
pasukan untuk mengelak daripada terlepas mata.
"Jaringan pendahuluan lawan
oleh Safie Sali adalah satu-satunya peluang yang berjaya mereka
sempurnakan. Dalam permainan bola sepak
jika bermain bagus sekali pun tetapi gagal menjaringkan gol, ia tidak
bermakna," katanya.
Pada perlawanan itu, gol
pendahuluan PJ City dijaringkan bekas pemain kebangsaan, Mohd Safee minit ke-32
sebelum Eduardo menyamakan kedudukan pada minit ke-49.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Isnin, 8 April 2019 @ 12:55 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan