Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.myDOLLAH Salleh (kiri) bersama
ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang ketika sidang media final kedua
Piala AFF Suzuki 2014 di sini, hari ini. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Pengendali skuad
Harimau Malaya, Dollah Salleh yakin faktor penyokong akan membantu pasukan
mencipta kejutan ke atas Thailand dalam aksi final kedua, Piala AFF Suzuki di
Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Dalam aksi pertama di Bangkok,
Rabu lalu, Malaysia tewas 2-0 sekali gus menyukarkan impian negara menjulang
trofi itu buat kali kedua.
"Saya amat harap penyokong
kita dapat bantu beri motivasi tambahan kepada setiap pemain negara.
"Kita juga harus guna
kelebihan gelanggang sendiri untuk cuba kejutan Thailand kali ini.
"Saya mahu sekat impian
Kiatisuk Senamuang untuk menjulang trofi ini sebagai jurulatih," kata
Dollah pada sidang media, di sini, hari ini.
Dollah turut menyuarakan betapa
dia bakal membuat sedikit rombakan dalam dalam kesebelasan utama selepas pemain
berpengalaman, Indra Putra Mahayuddinterpaksa disisihkan berikutan kecederaan
pada kaki kirinya.
Skuad Harimau Malaya muncul juara
edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal manakala Thailand menjuarai
kejohanan berkenaan pada 1996, 2000 dan 2002.
Sumber-Berita Harian online
19.12.14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan