MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
BIARPUN merekodkan kemenangan 4-0
ke atas PIB FC malam tadi, sekali gus layak ke pusingan ketiga Piala FA, Dollah
Salleh tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipersembahkan pemain Pahang.
Pengendali Tok Gajah itu berkata,
anak buahnya tidak mempamerkan corak permainan yang diinginkan terutama pada
babak kedua perlawanan.
"Pemain jelas tidak agresif
untuk bermain dengan lebih baik iaitu tidak seperti separuh masa pertama
apabila berjaya menjaringkan tiga gol.
"Namun, sebaik perlawanan
bersambung, pemain bermain sambil lewa walaupun pasukan mampu menambah
jaringan.
"Bagi saya jika mereka
mengekalkan sikap seperti ini pada perlawanan akan datang saya bimbang mereka
akan terbawa-bawa aksi sama yang boleh memberi kesan kepada keputusan.
"Oleh itu, saya harap sikap
sambil lewa ini tidak berterusan dan mahu pemain mengekalkan permainan
konsisten," katanya.
Sementara itu, jurulatih PIB,
Haswanis Che Hassan tetap berbangga dengan komitmen yang dipersembahkan anak
buahnya.
Katanya, komitmen tinggi terutama
memperkemaskan jentera pertahanan pada babak kedua berjaya menyekat tuan rumah
daripada menambah jaringan.
"Saya puji kerana mereka
sudah melakukan segalanya kerana kami bukannya bermain secara sepenuh masa jika
dibandingkan dengan Pahang.
"Oleh itu, perlawanan ini
diharap menambah pengalaman buat semua pemain apabila beraksi dalam saingan
Liga M4 pada Jun depan," katanya.
Pada perlawanan itu, empat gol
Pahang, masing-masing dijaringkan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit
kelapan, diikuti Jose Eduardo (m-15), Safuwan Baharudin (m-28) dan Faisal Halim
(m-60).
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 4 April 2019 @ 12:20 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan