PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh.
- Foto Owee Ah Chun
Tok Gajah perlu serius rampas
takhta -Dollah
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Skuad Tok Gajah perlu
memastikan setiap perlawanan selepas ini berakhir dengan kutipan tiga mata jika
mahu misi merampas takhta Liga Super tercapai.
Sambil menyatakan rasa tidak puas
hati dengan keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan skuad PJ City FC Sabtu
lalu, pengendali Pahang, Dollah Salleh berharap kekecewaan itu tidak berulang
dalam aksi selepas ini.
"Kalau kita ingin berikan
saingan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), kena pastikan setiap perlawanan
selepas ini berakhir dengan kemenangan.
"Pemain kita berpeluang
untuk menjaringkan lebih daripada satu gol ketika bertemu PJ City FC hujung
minggu lalu, tapi nampaknya mereka (pemain) tidak memanfaatkan setiap peluang
yang ada.
"Jadi, selepas ini saya
tidak mahu kesilapan sama berulang... kalau sudah ada peluang (untuk jaringkan
gol), kenapa nak tunggu atau teragak-agak lagi," katanya.
Dollah yang juga bekas jurulatih
kebangsaan berkata, kehadiran penyerang berbisa mereka, Dickson Nwakaeme pada
separuh masa kedua juga tidak banyak membantu, memandangkan pemain kelahiran
Nigeria untuk tidak sempat menjalani latihan secukupnya, selepas berehat
bersama ahli keluarganya selama dua minggu.
"Dia (Nwakaeme) belum berada
pada tahap terbaik kerana baru sahaja kembali menyertai pasukan selepas bercuti
selama dua minggu.
"Saya rasa Nwakaeme boleh
beraksi pada tahap sebenar tidak lama lagi, biar dia kembali menjalani latihan
dengan rakan sepasukan terlebih dahulu dan saya percaya dia akan mempamerkan
prestasi sebenar dalam aksi selepas ini," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa,
9 April 2019 | 1:58pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan