Isnin, 8 April 2019 | 2:52pm
PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh.
- Foto Owee Ah Chun
Dollah kecewa penyudah Pahang
tumpul
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Pengendali Pahang,
Dollah Salleh jelas tidak dapat menyembunyikan wajah kecewanya apabila skuad
bimbingannya gagal merekodkan kemenangan ke atas PJ City FC dalam saingan Liga
Super, malam tadi.
Keputusan seri 1-1 dengan PJ City
itu juga menyebabkan skuad Tok Gajah terlepas peluang untuk kembali memintas
kedudukan teratas liga selepas lapan perlawanan.
"Perasaan hampa itu memang
ada kerana kita perlu menang untuk kembali berada di takhta liga tetapi pemain
gagal mencapai misi itu.
"Sebenarnya, kita mempunyai
banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi faktor ketumpulan di bahagian
serangan menyebabkan tiga mata terlepas.
"Corak bertahan lawan juga
menafikan Pahang untuk menambah jaringan terutama pada babak kedua,"
katanya.
Mengulas persembahan skuad itu,
Dollah berkata, anak buahnya sudah melakukan segala-galanya termasuk
menyenaraikan Dickson Nwakaeme pada babak kedua perlawanan.
Katanya, jaringan penyerang
Brazil, Jose Eduardo atau Ze Love sebaik bersambung babak kedua membantu
pasukan untuk mengelak daripada terlepas mata.
"Jaringan pendahuluan lawan
oleh Mohd Safie Sali adalah satu-satunya peluang yang berjaya mereka
sempurnakan.
"Dalam permainan bola sepak
jika bermain bagus sekali pun tetapi gagal menjaringkan gol, ia tidak
bermakna," katanya.
Pada perlawanan itu, gol
pendahuluan PJ City dijaringkan bekas pemain kebangsaan, Mohd Safee minit ke-32
sebelum Eduardo menyamakan kedudukan pada minit ke-49.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin,
8 April 2019 | 2:52pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan