MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
BIARPUN memiliki kelebihan
beraksi di laman sendiri, Dollah Salleh mengakui peluang skuad Pahang untuk
menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahad ini adalah 50-50.
Bekas pemain kebangsaan itu
berkata, dengan rekod tanpa kalah yang dipegang kedua-dua pasukan memerlukan
skuad Tok Gajah bijak memanfaatkan segala peluang yang ada.
"Bagi saya, peluang untuk
menang ke atas JDT adalah 50-50. Tapi, pemain mampu mencapai misi kemenangan
jika bermain pada prestasi terbaik.
"Segalanya terpulang kepada
persefahaman dan kerjasama sepanjang 90 minit perlawanan untuk menghalang lawan
daripada melakukan jaringan.
"Oleh itu, pemain perlu
memanfaatkan segala peluang yang ada kerana lawan sudah pasti mahu membawa
pulang mata untuk mengukuhkan kedudukan dalam liga," katanya.
Skuad Tok Gajah berkemungkinan
menyenaraikan penyerang import, Dickson Nwakaeme untuk merobek gawang Harimau
Selatan itu.
Namun, segalanya akan diputuskan
dalam tempoh 24 jam kerana penyerang Nigeria itu belum pulih kecederaan
hamtring dan hanya menjalani latihan ringan.
Pada masa sama, ketiadaan
perancang tengah, Nor Azam Azih yang digantung satu perlawanan akibat
dilayangkan kad merah pada perlawanan dengan Perak minggu lalu turut memberi
kesan.
Justeru, Dollah dijangka
mempertaruhkan Jose Eduardo dan Norshahrul Idlan Talaha sekiranya Nwakaeme
tidak dapat disenaraikan.
Dollah turut mengalu-alukan
sokongan padu peminat skuad Tok Gajah untuk memenuhkan Stadium Darul Makmur,
Kuantan.
"Saya percaya dengan
kehadiran peminat yang ramai, ia dapat menyuntik semangat buat pemain untuk
bermain dengan lebih baik lagi," katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 26 April 2019 @ 5:19 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan