Selasa, 30 April 2019

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA KEDAH 3-2 SELANGOR.


Jun 21, 2008 (Sabtu)
Kedah
Fadly Baharom (2'), Khyril Muhymeen Zambri ('33), Shafiq Jamal (51')    3-2          Selangor
Amirul Hadi Zainal (13'), Frank Seator (71' penalti)    Std Shah Alam
minit 75-Pemain Kedah Sabree Abu dibuang padang kerana mendapat kad merah

Kedah: Pemain: 1-Helmi Eliza Elias, 2-Victor Andrag (Kapt) (3-Ronny Harun), 17-V. Thirumurugan, 16-Fazliata Taib, 6-Shafizan Hashim, 10-Nelson San Martin, 11-Ahmad Fauzi Shaari, 15-Mohd Fadly Baharom (13-Saramsak Kram), 27-Badrol Bakhtiar, 28-Shafiq Jamal (26-Sabree Abu), 18-Mohd Khyril Muhymeen Zambri,

Simpanan: 4-Mohd Bunyamin Umar, 22-Mohd Alhafiz Hamzah,

Jurulatih:Azrai Khor Abdullah

Tidak dapat diturunkan: 6-Bernard Hunggin, 9-Marlon Alex James

Selangor: Pemain: 23-Suffian Abdul Rahman, 4-Evans Chisulo, 26-Nasriq Baharom, 15-P. Gunalan, 3-Razman Roslan (16-Abdul Ghani Rahman, 25-Shukor Adan (Kapt), 27-Amirulhadi Zainal (23-Indra Puta Mahayuddin), 8-Ellie Aiboy, 11-R. Surendran (9-Frank Seator, 17-Amri Yahyah, 10-Safee Sali

Simpanan: Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Digantung: 19-D. Surendren

Jurulatih: Dollah Salleh

Sabtu, 27 April 2019

Dollah dilamar skuad Rusa

ARKIB : 26/02/1998
'JODOH' bekas ketua pasukan bola sepak Liga Perdana Melaka musim lalu, Dollah Salleh mungkin tidak berpanjangan apabila Negeri Sembilan bersedia melamar bekas pemain kebangsaan itu, AMIRUDDIN HARUN melaporkan.

Ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) apabila menerima surat daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan yang difakskan ke pejabat MAFA petang semalam.

Setiausaha Kehormat MAFA, Hahi Salleh berkata, dalam surat tersebut, persatuan dari negeri jiran itu bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Dollah.

''Pasukan Rusa itu mungkin berminat untuk mengambil bekas pemain kebangsaan itu untuk menyarung jersi pasukan Negeri Sembilan musim ini,'' katanya ketika dihubungi di Melaka, semalam.

Dollah dijangka bermain untuk pasukan Melaka pada musim ini apabila ia mengikat kontrak dengan Syarikat Flashtasia Sdn. Bhd. yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan Liga Perdana Melaka musim ini.

Bagaimanapun, MAFA terpaksa menggugurkan Syarikat Flashtasia apabila timbul pelbagai masalah antara kedua-dua pihak, sekali gus menyebabkan nasib Dollah terumbang-ambing sehingga kini.

Sementara itu, skuad Liga Perdana Melaka sudah menguji tiga pemain dari Afrika pada perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab dari Kuala Lumpur di Bangi, petang semalam.

Hahi berkata, ketiga-tiga pemain itu adalah Tebowei Edwards Dipreye, 29, dan John Onwudegwu, 24 (Nigeria) serta Belle Belle Yves, 29 dari Cameroon.

Menurutnya, mereka akan diuji kesesuaian serta kebolehan beraksi bersama pemain tempatan bagi merebut peluang menyertai skuad Kancil.

''Ketiga-tiga pemain itu mungkin diserapkan dalam pasukan Liga Perdana Melaka sekiranya dapat memuaskan hati pihak pengurusan,'' katanya.

Beliau turut menjelaskan yang MAFA akan mengadakan majlis menandatangani kontrak pemain Liga Perdana Melaka 1998, petang ini.

Sebelum ini hampir semua pemain yang mengikuti latihan intensif termasuk Dollah Salleh dan bekas ketua pasukan Selangor, Ismail Ibrahim hadir dalam temu duga.

Pemilihan pemain terpaksa dijalankan sendiri oleh MAFA berikutan kegagalan untuk menswastakan skuad berkenaan dengan sebuah syarikat dari Johor Bahru.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4FbfdSwN9 © Utusan Melayu (M) Bhd

Dollah berang, kritik mutu pengadilan


Ahad, 2 Julai 2017 | 10:55am
Oleh Nik Sukry Ramli
niksukry@bh.com.my
 
PENYERANG Pahang, Matheus Alves Leandro (dua dari kanan) tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya selepas pasukannya tewas pada minit akhir kepada Felda United ketika perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Tun Razak. - Foto BERNAMA
MARAN: Pengendali skuad Pahang, Dollah Salleh mengkritik mutu pengadilan yang disifatkan berat sebelah ketika pasukannya tewas 2-1 di tangan FELDA United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.

Dollah berkata, dia merasakan pengadil bertugas Mohammad Zamzaidi Katimin sebagai tidak tahu undang-undang perlawanan selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada The Fighters pada minit ke-88.

Katanya, beliau kecewa apabila kekasaran terhadap pemain import mereka, Mohamadou Sumareh di dalam kotak penalti yang jelas melayakkan Pahang memperoleh sepakan penalti tidak dilayan pengadil berkenaan.

"Saya memang kecewa dan sangat tidak puas hati dengan apa yang berlaku ... mereka (pemain) sudah memberikan persembahan terbaik, tapi pengadil yang membunuh semangat kami.

"Banyak keputusan dibuatnya sepanjang perlawanan sangat menghampakan saya dan pemain... saya sudah lama berdiam diri, kami (Pahang) seolah-olah menjadi mangsa dalam banyak perlawanan sebelum ini pun... adakah semua (keputusan) sudah diatur?

"Banyak kali kami dilayan seperti ini, " katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Mengenai keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada FELDA United, Dollah berkata, pengadil jelas tidak faham posisi 'ball to the hand' yang dilakukan pemain The Fighters ketika situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol Tok Gajah pada minit ke-88.

"Itulah yang saya katakan tadi... dia (pengadil) ini faham atau tidak (undang-undang)... kita boleh nampak ia adalah situasi 'ball to the hand'... bukan pemain pertahanan kami sengaja memegang bola.

"Kenapa apabila pemain kami meminta sepakan penalti ketika Sumareh dikasari dengan jelas dalam kotak penalti mereka (FELDA United), dia buat tidak tahu... semua orang nampak (kekasaran)," katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan dia bakal berdepan tindakan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik keputusan pengadil perlawanan, Dollah berkata, dia hanya mahu melihat mutu bola sepak dan pengadilan yang lebih baik.

"Saya hanya mahu lihat sukan (bola sepak) ini terus diminati kerana kualiti permainan dan pengadilan yang terbaik... ini untuk masa depan bola sepak negara.

"Kasihan kepada penonton yang sanggup datang ke stadium, membayar tiket dan berharap menonton perlawanan yang menghiburkan... tapi, jika beginilah mutu (pengadilan), saya pasti mereka (penonton) juga kecewa.

"Saya tahu peluang kita untuk mengejar pendahulu (Liga Super) ketika ini (Johor Darul Ta'zim) sangat berat... tapi, kami akan cuba bangkit dalam aksi seterusnya," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 2 Julai 2017 | 10:55am

Dollah tak salahkan Mat Yo


Sabtu, 9 March 2019 | 11:32am
 
DOLLAH Salleh. - Foto Abdullah Yusof
Dollah tak salahkan Mat Yo
Oleh Asrol Awang
bhsukan@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL
KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh enggan menyalahkan Norshahrul Idlan Talaha selepas penyerang itu gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Kedah, malam tadi.

Menurut bekas jurulatih skuad kebangsaan itu, Norshahrul atau Mat Yo turut kecewa terlepas peluang itu kerana jika jaringan itu disempurnakan ia membantu pasukan untuk memberi tekanan kepada lawan.

"Namun, saya puji dengan komitmen Norshahrul kerana dapat mengekalkan corak permainannya sepanjang perlawanan untuk bersama mendapatkan gol buat pasukan," katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur malam tadi, pengadil perlawanan Mohammad Zamzaidi Katimin memberikan sepakan penalti selepas kapten Helang Merah, Baddrol Bakhtiar menjatuhkan Dickson Nwakaeme di dalam kotak penalti pada minit ke-26.

Namun, sepakan Norshahrul ditepis keluar penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.

Bagaimanapun, pemain gantian, Zuhair Aizat Mohd Nazri muncul wira Tok Gajah apabila jaringan yang dihasilkan lima minit sebelum perlawanan tamat memastikan Pahang mengutip tiga mata.

Mengulas lanjut perlawanan itu, Dollah bangga dengan komitmen pemain yang tidak mengenal erti putus asa untuk memburu kemenangan.

"Saya gembira kerana pemain melakukan segala-galanya untuk mencatat kemenangan sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukan dalam carta Liga Super.

"Bagi saya, semua pemain beraksi dengan baik dan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi dinafikan pertahanan lawan.

"Kita juga menguasai 65 peratus permainan dan kemenangan ini memberi lebih keyakinan kepada pemain untuk mengekalkan prestasi ini pada perlawanan akan datang," katanya

Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 9 March 2019 | 11:32am

Dollah kecewa penyudah tumpul


MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
 
WAJAH kecewa tidak dapat disembunyikan pengendali Pahang, Dollah Salleh apabila skuadnya gagal mencipta kemenangan ke atas PJ City FC, malam tadi.

Keputusan seri 1-1 itu menyebabkan skuad Tok Gajah terlepas peluang untuk kembali memintas kedudukan teratas Liga Super selepas lapan perlawanan .

"Perasaan hampa itu sememangnya ada kerana kita perlu menang untuk kembali berada di takhta liga tetapi pemain gagal mencapai misi itu.  Sebenarnya, kita mempunyai banyak peluang menjaringkan gol tetapi faktor ketumpulan di bahagian serangan menyebabkan tiga mata terlepas.

"Corak bertahan dipersembahkan lawan juga menafikan Pahang untuk menambah jaringan terutama pada babak kedua," katanya yang juga bekas pemain kebangsaan.  

Mengulas persembahan skuad itu, Dollah berkata, anak buahnya sudah melakukan segalanya termasuk menyenaraikan Dickson Nwakaeme pada babak kedua perlawanan.

Katanya, jaringan penyerang Brazil, Jose Eduardo atau Ze Love sebaik bersambung babak kedua membantu pasukan untuk mengelak daripada terlepas mata.

"Jaringan pendahuluan lawan oleh Safie Sali adalah satu-satunya peluang yang berjaya mereka sempurnakan.  Dalam permainan bola sepak jika bermain bagus sekali pun tetapi gagal menjaringkan gol, ia tidak bermakna," katanya.

Pada perlawanan itu, gol pendahuluan PJ City dijaringkan bekas pemain kebangsaan, Mohd Safee minit ke-32 sebelum Eduardo menyamakan kedudukan pada minit ke-49.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 12:55 PM

Peluang Pahang '50-50' kata Dollah


MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
 
BIARPUN memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, Dollah Salleh mengakui peluang skuad Pahang untuk menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahad ini adalah 50-50.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, dengan rekod tanpa kalah yang dipegang kedua-dua pasukan memerlukan skuad Tok Gajah bijak memanfaatkan segala peluang yang ada.

"Bagi saya, peluang untuk menang ke atas JDT adalah 50-50. Tapi, pemain mampu mencapai misi kemenangan jika bermain pada prestasi terbaik.

"Segalanya terpulang kepada persefahaman dan kerjasama sepanjang 90 minit perlawanan untuk menghalang lawan daripada melakukan jaringan.

"Oleh itu, pemain perlu memanfaatkan segala peluang yang ada kerana lawan sudah pasti mahu membawa pulang mata untuk mengukuhkan kedudukan dalam liga," katanya.

Skuad Tok Gajah berkemungkinan menyenaraikan penyerang import, Dickson Nwakaeme untuk merobek gawang Harimau Selatan itu.

Namun, segalanya akan diputuskan dalam tempoh 24 jam kerana penyerang Nigeria itu belum pulih kecederaan hamtring dan hanya menjalani latihan ringan.

Pada masa sama, ketiadaan perancang tengah, Nor Azam Azih yang digantung satu perlawanan akibat dilayangkan kad merah pada perlawanan dengan Perak minggu lalu turut memberi kesan.

Justeru, Dollah dijangka mempertaruhkan Jose Eduardo dan Norshahrul Idlan Talaha sekiranya Nwakaeme tidak dapat disenaraikan.

Dollah turut mengalu-alukan sokongan padu peminat skuad Tok Gajah untuk memenuhkan Stadium Darul Makmur, Kuantan.

"Saya percaya dengan kehadiran peminat yang ramai, ia dapat menyuntik semangat buat pemain untuk bermain dengan lebih baik lagi," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 5:19 PM

Dollah Salleh belum ada pasukan

ARKIB : 11/01/1998
Dollah Salleh belum ada pasukan
SETELAH 'dilepaskan' dengan hati yang berat oleh skuad Liga Perdana Melaka, nasib bekas pemain tengah kebangsaan, Dollah Salleh terus tidak ketentuan, REDY JEFFRY MOHAMAD RAMLI melaporkan.

Dollah, 33, yang dihubungi semalam, enggan mengulas mengenai masa depannya menjelang Liga Perdana musim baru yang bermula Mac depan.

Keenggannya memberikan apa-apa perkembangan mengenai masa depannya itu, seolah-olah menggambarkan rasa kecewa dan terkilannya terhadap senario yang dihadapinya sekarang.

Walaupun pernah menyarung jersi kebangsaan dan kepakarannya diiktiraf, serta pernah membantu skuad Johor, Selangor dan Pahang bersama-sama Zainal Abidin Hassan, dia kini seperti dilupakan.

Selepas kontraknya tidak disambung oleh pasukan Melaka, Dollah dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk skuad Bujang Senang, yang dikatakan ada berunding dengan pemain tersebut untuk ditawarkan bermain untuk mereka.

Namun kenyataan jurulatih merangkap pengurus pasukan itu, Alan Vest yang menafikan 'berminat' untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut ternyata mengecewakan Dollah.

Selepas itu, Dollah seperti menyepikan diri, membawa diri tanpa sebarang khabar mengenai nasibnya menjelang Liga Perdana 'wajah baru', Mac ini.

Ketika ditanya mengenai pasukan mana yang akan diwakilinya musim depan, Dollah sekadar berseloroh akan mewakili pasukan 'Sungai Buloh F.C.'.

Ditanya juga, sama ada pasukan lain menawarkan tempat dalam pasukan mereka untuk musim depan, Dollah hanya mengatakan bahawa buat masa ini belum ada apa-apa perkembangan mengenainya.

Jelas sekali, Dollah yang menjadi wira pasukan Melaka musim lalu, seperti dipersenda banyak pihak walaupun terbukti pada usia begitu, dia masih bertenaga untuk beraksi cemerlang.

Musim lalu, Dollah muncul penjaring terbanyak pasukan Melaka dan sering menjadi penyelamat pasukan yang dibimbing oleh Tajuddin Nor itu dalam kancah persaingan liga.

Namun Melaka terpaksa melepaskan pemain berharga itu atas alasan tidak mampu untuk membayar gaji yang dituntut oleh pemain berkenaan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Mohamad Jais yang dihubungi di Melaka, semalam berkata, pasukan itu terpaksa melepaskan Dollah kerana tidak mampu membayar gajinya mengikut tangga gaji musim lalu.

''Kita akui musim ini kita mengalami masalah kewangan, sebab itu kita terpaksa lepaskan Dollah kerana gajinya terlalu tinggi,'' katanya.

''Jika pasukan lain tidak berhasrat mengambilnya untuk musim depan, saya berhasrat untuk mengambilnya semula, itu pun jika kewangan mengizinkan,'' katanya lagi.

Untuk musim depan, skuad Melaka telah diswastakan dan akan dikendalikan oleh Flashtasia Sdn. Bhd., yang antara lain akan menaja perbelanjaan pasukan itu yang dianggarkan sebanyak RM2 juta.

Malah ketika ini, syaikat berkenaan sedang meneliti butiran tunggakan gaji penuh pemain untuk bulan September dan Oktober manakala separuh gaji bulan November dan Disember, yang masih belum dibayar.

Semalam, Sukan Utusan melaporkan, syarikat berkenaan dijangka membayar tunggakan gaji tersebut selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4FEDTlKg9 © Utusan Melayu (M) Bhd

Dollah tak dapat khidmat Dickson, Saddil


MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
 
PENYERANG berbisa, Dickson Nwakaeme dan Saddil Ramdani tidak beraksi apabila Pahang berdepan FELDA United FC di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, Sabtu ini.

Nwakaeme yang menjaringkan tiga gol dalam saingan Liga Super digantung satu perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning.

Saddil pula masih belum lagi bersama Tok Gajah selepas menyarung jersi pasukan kebangsaan Indonesia.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, setakat ini, pemain Indonesia berumur 20 tahun itu masih berada di negaranya dan dijangka tiba di Kuantan esok atau Sabtu ini.

"Oleh itu, Saddil mungkin tidak bersama Pahang bertemu FELDA United Sabtu ini kerana saya perlu menilai prestasi sebelum dia disenaraikan.

"Apa yang boleh saya sahkan bahawa tiga import iaitu Safuwan Baharudin, Herold Goulon dan Jose Eduardo akan disenaraikan," katanya.

Bagi memastikan selesa bermain di padang tiruan, Dollah berkata, mereka menjalani latihan selama dua hari di padang sintetik Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Katanya, latihan itu adalah untuk menyesuaikan diri beraksi di padang tiruan di STAR.

"Oleh itu, saya mengharapkan semua pemain dapat mempamer prestasi diinginkan selepas liga berehat selama tiga minggu.

"Tiga mata menjadi misi utama pasukan dan diharapkan ia tercapai untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 4:16 PM

Jumaat, 26 April 2019

Dollah mahu tutup mulut pengkritik


Jumaat, 19 September 2014 | 9:49pm
 
KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh (kiri) bersalaman bersama jurulatih pasukan kebangsaan Kemboja, Meas Channa (kanan) sambil disaksikan pengurus Kemboja, Chhaing Pisedth (dua kiri) dan pemain, Um Nichet ketika sidang media perlawanan persahabatan antarabangsa, esok.
Dollah mahu tutup mulut pengkritik
PETALING JAYA: Keazaman skuad Harimau Malaya untuk melakar kemenangan ke atas Kemboja, malam esok akan menutup mulut pengkritik yang lantang mengecam kewibawaan ketua jurulatih Dollah Salleh sebelum ini.

Dollah berkata skuad bimbingannya perlu menangkis kritikan demi kritikan terhadap skuad itu dengan menunjukkan aksi terbaik pada perlawanan persahabatan antarabangsa kelas 'A' itu di Stadium Shah Alam, bermula 8 malam.

Selepas kalah 1-4 kepada Tajikstan dan 0-2 kepada Indonesia dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini, jurulatih kelahiran Melaka itu berkata beberapa pemain yang belum merasai dua perlawanan sebelum ini akan diberi peluang.

"Sudah tentu, kita kena menang ke atas Kemboja... kalau tidak pengkritik (bola sepak tempatan) akan terus membidas skuad negara termasuk saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan perlawanan itu di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat sini, hari ini.

Bekas pengendali PDRM itu turut percaya, hanya dengan kemenangan dan persembahan terbaik saja mampu memulihkan rentak persembahan hambar skuad Harimau Malaya dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini.

Dollah berkata empat pemain terpaksa disisihkan pada aksi menentang Kemboja setelah disahkan mengalami kecederaan iaitu penjaga gol, Azizon Abdul Kadir, pemain pertahanan, Mohd Muslim Ahmad dan Zairul Fitree Ishak serta pemain sayap, S Chanturu.

Beliau turut berharap agar penyerang prolifik negara, Mohd Safee Sali akan kembali menemui sentuhan jaringan selepas gandingan bersama Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Amri Yahyah gagal mencipta impak dalam perlawanan terdahulu.

Selain Kemboja, skuad Harimau Malaya dijangka berdepan Jordan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Oktober ini.

Perlawanan persahabatan itu menjadi persediaan Dollah bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan di Singapura dan Vietnam dari 22 November hingga 20 Disember ini.

Malaysia berdepan laluan sukar pada kejohanan membabitkan negara rantau Asia Tenggara itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Singapura dan juara tiga kali Thailand dan pemenang dari pusingan kelayakan.

Pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki, Oktober ini membabitkan lima negara iaitu Myanmar, Brunei, Timor Leste, Kemboja dan Laos dengan dua slot terakhir menjadi rebutan pasukan bertanding.

Sementara itu, penolong jurulatih Kemboja, Meas Channa berkata perlawanan persahabatan itu turut menjadi sebahagian daripada persediaan pasukan itu menghadapi pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki di Laos dari 12 hingga 20 Oktober ini.

"Perlawanan dengan Malaysia esok adalah penting bagi kami menilai dan memilih pemain terbaik bagi menghadapi pusingan kelayakan nanti. Saya harap semua pemain akan menampilkan aksi terbaik masing-masing," katanya. - BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 19 September 2014 | 9:49pm

Khamis, 25 April 2019

Dollah waspada bertemu Timor Leste


MyMetroNode
 
Petaling Jaya: Ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh tetap berwaspada dengan bahaya yang ada apabila Malaysia bertemu Timor Leste pada perlawanan pembukaan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Dollah, yang menyifatkan perlawanan itu sebagai ‘perang saraf’, menasihati anak buahnya supaya bermain dengan serius dan fokus bagi mendapatkan tiga mata pertama.

Jurulatih berusia 51 tahun itu berkata skuad kebangsaan perlu berhati-hati dengan bahaya yang dibawa pasukan bukan pilihan itu kerana pemain pasukan Timor Leste bermain dalam liga luar negara seperti di Brazil, Kuwait dan Thailand memandangkan tiada liga tempatan di negara mereka.

“Sebenarnya, (tidak mempunyai liga tempatan) itu lebih susah bagi kita...mereka akan menguji kekuatan mental kita dan kita perlu berhati-hati tentang perkara ini. Saya tidak mahu pemain mengambil sikap mudah.

“Setakat ini, kami sudah membuat kerja rumah, menonton video mereka dan kami tahu sebahagian besar kekuatan dan kelemahan mereka. Perkara paling penting ialah kami perlu mendapat tiga mata esok,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat sini, hari ini.

Dollah menamakan pemain Johor Darul Ta’zim, Mohd Safiq Rahim sebagai kapten dan pemain Felda United, Indra Putra Mahayuddin sebagai naib kapten skuad kebangsaan untuk kempen pusingan kelayakan ini.

Mengenai status Putera Nadher Amarhan Maderner (Junior Eldstal) dan Mohd Amri Yahyah yang mengalami kecederaan sebelum ini, Dollah berkata, dua pemain itu cukup bersemangat dan tidak sabar untuk bermain esok, tetapi beliau akan menentukan kedudukan mereka selepas latihan hari ini.

Sementara itu, rakan sejawatan Dollah dari Timor Leste, Fabio Joaquim Maciel da Silva berkata, pemainnya sudah bersedia untuk membuat kejutan esok dan mendakwa permainan bola sepak di negara itu meningkat dengan ketara.

“Walaupun di Timor Leste tidak ada liga tempatan, kami telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan untuk mempersiapkan pemain dan kami bermain dengan baik dalam perlawanan terakhir menentang Mongolia.

“Perlawanan menentang Malaysia esok adalah berat bagi kami kerana Malaysia sebuah pasukan kuat, tetapi kami sudah bersedia untuk itu,” kata warga Brazil yang juga jurulatih Sukan SEA Timor Leste itu.

Fabio, yang baru sahaja tiba setelah menunaikan tugasnya di Sukan SEA berkata, beliau akan menurunkan enam atau tujuh pemain muda daripada skuad Bawah 23 Tahun terkandas di peringkat kumpulan di Singapura.

Bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia, yang juga pusingan kelayakan bagi Piala Asia Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 2019, Malaysia diundi bermain dalam Kumpulan A bersama UAE, Palestin, Arab Saudi dan Timor-Leste. - Bernama

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 11:39 PM

Keputusan Dollah tepat


MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 
Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail percaya langkah Dollah Salleh mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sememangnya tepat demi menyelamatkan karier pengendali pasukan Pahang itu.

Jelasnya, hukuman penggantungan 18 bulan yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM, 21 Julai lalu cukup lama dan tempoh berkenaan dilihat boleh melenyapkan kerjaya Dollah yang pernah dilabel ‘The Special One Malaysia’.

“Dollah antara jurulatih tempatan terbaik pernah dilahirkan di negara ini hasil kejayaannya membawa beberapa pasukan tempatan menjuarai liga domestik dan membimbing Malaysia muncul naib juara Piala AFF 2014 lalu.

“Sayang kalau bakatnya itu dilenyapkan dengan hukuman penggantungan terlalu lama. Pada saya, hukuman berkenaan tidak wajar diberikan kepada beliau yang sekadar mengeluarkan kenyataan media terhadap mutu pengadilan.

“Lainlah kalau beliau menumbuk atau mengasari pengadil memang selayaknya dihukum hingga 18 bulan.

“Bagaimanapun, saya memuji tindakan beliau yang tampil mengemukakan rayuan dan berharap Jawatankuasa Rayuan FAM boleh mengurangkan tempoh penggantungan itu sekali gus menyelamatkan masa depan beliau,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bekas pengendali Harimau Malaya berusia 54 tahun itu sudah menyerahkan rayuan untuk meringankan hukumannya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu yang dipengerusikan Datuk Baljit Singh Sidhu mendapati Dollah jelas melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.

Hasilnya, beliau dijatuhkan hukuman gantung 18 bulan dan denda RM30,000 kerana lantang mengkritik mutu pengadilan sejurus berakhirnya aksi Liga Super antara Pahang dan FELDA United pada 1 Julai lalu.

Bukan kesalahan itu saja, Dollah juga dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM tanpa mendapatkan kebenaran daripada badan induk itu yang boleh memberi impak negatif ke atas nama baik serta reputasi organisasi bola sepak tempatan itu.

“Beliau pasti menyesal dengan apa yang berlaku. Saya harap mereka (Jawatankuasa Rayuan FAM) boleh memberi peluang kedua kepadanya,” katanya.

Dollah akan menjalani penggantungan sembilan bulan pertama mulai 21 Julai hingga 20 April 2018 manakala bakinya mulai 21 April 2018 hingga 20 Januari 2019, bergantung pada rekod kelakuannya sepanjang tempoh penggantungan.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2017 @ 10:06 AM

Keputusan muktamad


MyMetroNode
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KETUA jurulatih negara, Dollah Salleh mengesahkan peletakan jawatannya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam tadi.

Dollah menjelaskan, beliau bertanggungjawab terhadap kekalahan Malaysia 0-10, di tangan UAE, di Abu Dhabi, dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

“Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan dengan itu saya melepaskan jawatan saya. Saya akan berbincang dengan FAM. Tapi, ini adalah muktamad,” kata Dollah.

Bintang Dollah mula menyinar sebagai jurulatih apabila dia membawa MPPJ menjuarai Piala Malaysia selepas menumpaskan Sabah, 3-0.

Beliau kemudian membawa pasukan sama untuk menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Perdana pada 2004.

Pada 2005, beliau membimbing pula skuad Selangor dan memenangi tiga gelaran - Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala FA.

Selepas membawa Pahang menjuarai Piala Malaysia selepas kempunan 21 tahun, Dollah berhijrah pula untuk membimbing PDRM pada 2014.

Dollah kemudian dilantik dengan kontrak dua tahun sebagai ketua jurulatih pada Jun 2014.

Di sebalik kecemerlangannya sebagai pemain pada era 1980 dan 1990-an dan ketrampilannya membimbing skuad Selangor MMPJ, PDRM dan Pahang belum cukup untuk menutup aib skuad bimbingannga tumbang di tangan UAE.

Ia boleh diandaikan kekalahan terburuk dalam sejarah bola sepak negara.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 12:01 AM

Dollah ucap selamat tinggal


MyMetroNode
Oleh Aziman Rosdi & Azlan Muhammad Zain
sukan@hmetro.com.my
 
Sepang: Ketua jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh mengesahkan peletakan jawatannya berkuatkuasa semalam selepas kekalahan memalukan 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jelasnya, tindakan berkenaan dilakukan demi rasa tanggungjawab tanpa mendapat tekanan mana-mana pihak.

“Ini keputusan muktamad dan saya sudah mengadakan perbincangan dengan (Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia) Datuk Hamidin Mohd Amin. Mereka menerimanya.

“Memang terkilan dengan pengakhiran begini namun mana-mana jurulatih tidak dapat menerima keputusan seperti ini. Peminat juga tidak boleh terima, jadi saya dengan hati terbuka melepaskan jawatan,” katanya sebaik tiba di KLIA malam tadi.

Dollah dilantik menggantikan Datuk K Rajagobal pada Jun tahun lalu namun persembahan longlai sepanjang tahun ini terutamanya berdepan lawan dari Timur Tengah mencetuskan persoalan walaupun berjaya muncul naib juara Piala AFF 2014.

Dollah berkata, beliau tidak menyalahkan pemain kerana ia asam garam bola sepak dan perlu menerimanya.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa. Saya sudah menjangka (kekalahan) namun tidak sehingga kekalahan besar. Saya jangka kita akan tewas dengan satu atau dua gol,” jelasnya.

Ditanya mengenai kesungguhan dan komitmen pemain, Dollah berkata, soalan itu sepatutnya dijawab oleh pemain sendiri.

Skuad negara akan meneruskan saingan dalam Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 dengan bertemu Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selasa nanti.

Prestasi Dollah, 51, bersama skuad kebangsaan tahun ini hambar apabila gagal mencatat kemenangan dalam enam perlawanan antarabangsa selepas muncul naib juara Piala AFF tahun lalu.

Bekas pemain kebangsaan itu masih mempunyai baki kontrak sehingga hujung tahun depan.

Dalam aksi di Stadium Mohammed Zayed itu, Dollah hanya melakukan dua pertukaran pemain dengan memasukkan Ahmad Hazwan Bakri dan Mohd Nasir Basharudin dalam kesebelasan utama berbanding ketika seri dengan Bangladesh 0-0 pada aksi persahabatan minggu lalu.

Harimau Malaya gagal membendung kelincahan pemain perancang Omar Abdulrahman serta penyerang Ahmed Khalil yang menyumbat empat gol dan gandingannya Ali Mabkhout melakukan hatrik untuk skuad kendalian Mahdi Ali menjadi peneraju kumpulan dengan enam mata.

Dollah pada sidang media di Abu Dhabi kelmarin berkata, pemainnya beraksi buruk sehinggakan gawang mereka tetap akan bolos jika menggunakan dua penjaga gol.

“Kami beri tiga, empat gol mudah kepada pasukan lawan. Saya tahu tak mudah untuk berdepan UAE tapi tak jangka kami kalah dengan 10 gol.

“Kalau saya letak dua penjaga gol sekalipun kami tidak boleh berbuat apa-apa, pemain pertahanan saya melakukan kesilapan mudah,” jelasnya.

Biarpun peluang Malaysia untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 masih terbuka, namun mereka mungkin terpaksa melalui jalan sukar dengan aksi play-off.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:21 AM