Khamis, 6 Julai 2017

Dollah buntu



 
Kuantan: Jurulatih Pahang Dollah Salleh tidak mempunyai jawapan tepat terhadap kegagalan anak buahnya apabila seri 2-2 ketika menentang Negeri Sembilan pada aksi Kumpulan A Piala Malaysia, kelmarin.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, skuadnya gagal memberikan tentangan terutama pada separuh masa pertama menyebabkan lawan menjaringkan gol pendahuluan.

Katanya, mujur kebangkitan pemain pada babak kedua menjadi sebelum pelawat menjaringkan gol penyamaan sekali gus menafikan Pahang mengutip tiga mata.

“Saya dapat rumuskan segala-galanya tidak menjadi terutama pada separuh masa pertama dan saya tidak tahu apa puncanya.

“Biarpun kita bangkit pada babak kedua tapi sebenarnya prestasi pasukan belum mencapai tahap dikehendaki seperti sebelum liga berehat. Pemain melakukan banyak kesilapan mudah.

“Tapi, saya tetap bersyukur kami mencatat keputusan seri walaupun ia tidak sepatutnya berlaku kerana kami memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri,” katanya.

Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan Mohd Asri Ninggal berkata, keputusan seri itu amat berbaloi kerana semua pihak sedar Pahang pasukan yang bagus selain memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Tapi, dengan taktikal yang dirancang, kami berjaya memastikan sekurang-kurangnya satu mata dapat diperoleh dan ia bakal menjadi suntikan semangat buat pasukan,” katanya.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2017 @ 9:55 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan