Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Pemain pertahanan Pahang
Mohd Faisal Rosli menabur janji akan terus memikat kepercayaan jurulatih Dollah
Salleh untuk memastikan dapat meraih tempat dalam kesebelasan utama.
Katanya, kepercayaan itu
menyuntik semangat baru untuk kekal konsisten termasuk perlawanan menentang
Kelantan di Stadium Sultan Mohamad IV, Sabtu ini.
Menurutnya, perjalanan kariernya
sudah boleh dianggap sempurna sejak menyarung jersi Tok Gajah pada 2013.
“Biarpun masih ada kelemahan yang
perlu diperbaiki, saya akan tetap berusaha untuk memastikan gawang kami tidak
dibolosi lawan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ditanya mengenai persediaan
Pahang menghadapi Kelantan, Faisal berkata, mereka mengimpikan untuk membawa
pulang tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan di Liga Super.
Katanya, kebangkitan Kelantan
juga perlu diberi perhatian terutama kelincahan penyerang import Mohammed
Ghaddar yang dianggap sebagai ancaman utama.
“Fokus utama saya dan rakan
sepasukan adalah mengutip tiga mata biarpun Kelantan pasti tidak mahu kecewa di
tempat sendiri,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 6 April 2017 @ 8:38 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan