Rabu, 12 April 2017

Dollah gembira misi tiga mata tercapai di Kota Bharu



Wartawan Sinar Harian
10 April 2017

DoDollah Sallehllah Salleh

JURULATIH Pahang, Dollah Salleh gembira apabila misi meraih tiga mata tercapai setelah menundukkan Kelantan 2-1 pada aksi Liga Super di Kota Bharu, malam kelmarin.

Dollah berkata, kemenangan itu amat penting bagi memastikan skuad Tok Gajah terus berada di landasan tepat untuk bersaing memburu kejuaraan pada musim ini.

“Memang itu yang kejar (kemenangan) kerana kalau tak dapat tiga mata, kita akan hadapi masalah bersaing dengan Kedah dan JDT.

“Sebab itu kita bermain habis-habisan di Kota Bharu untuk mendapatkan tiga mata. Jadi, misi di sini sudah selesai, (bertemu) Selangor akan datang, balik nanti mungkin kita akan buat sedikit corak permainan pasukan,” katanya.

Kemenangan tipis itu membolehkan Pahang merampas takhta pendahulu liga daripada Kedah berdasarkan kelebihan jaringan setelah kedua-dua pasukan terikat 19 mata ketika ini.

Sekalipun menang, namun Dollah masih belum berpuas hati prestasi keseluruhan skuadnya apabila hanya bangkit selepas percaturan taktikal terpaksa diubah pada separuh masa kedua.

“Kita bermain baik dan lebih banyak kawal bola cuma untuk menjaringkan gol itu, kita ketandusan pemain.

“Tetapi babak kedua, saya beritahu kepada mereka, apabila menyerang kita perlu sekurang-kurangnya dua hingga tiga pemain berada di dalam kotak penalti. Nampak perubahan berlaku sehingga dapat menjaringkan dua gol dalam masa dua minit,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 10 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan