ARKIB : 26/03/2004
Bagaimanapun tegasnya, pencapaian Malaysia itu masih jauh untuk menyaingi atau menyamai kekuatan pasukan nombor satu Asia itu.
``Berdasarkan penilaian saya, pasukan Bawah 23 menunjukkan peningkatan sehingga hanya membenarkan Korea Selatan membolosi gawang sekali sahaja dalam perlawanan kelmarin, itupun melalui penalti.
``Begitupun kita masih ketinggalan jika mahu dibandingkan kekuatan sebenar Korea Selatan.
``Saya mengucapkan syabas kepada pasukan Bawah 23 kerana mempamerkan aksi cemerlang yang dinanti-nantikan oleh peminat tanah air sejak sekian lama,'' katanya.
Malaysia tewas kepada Korea Selatan 1-0 pada kelayakan Olimpik zon Asia Kumpulan A menerusi sepakan penalti Cho Jae-jin pada minit ke-43, di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya kelmarin.
Para pemerhati bola sepak bagaimanapun berpendapat kekalahan tipis itu membuktikan bola sepak Malaysia mampu berdepan dengan pasukan handalan.
Dollah seterusnya berharap beberapa pemain Bawah 23 yang mempamer aksi cemerlang dalam perlawanan kelmarin dikekalkan.
Katanya, skuad yang ada sekarang tidak memerlukan rombakan besar kerana bukan mudah untuk membentuk satu pasukan yang mantap.
``Saya berpendapat tiga pemain iaitu Norhafiz Zamani (Misbah), K. Rajen dan R. Surendran mempamer corak permainan setanding pemain lawan.
``Mereka berpotensi untuk diserapkan ke skuad senior,'' katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4eQDZwIWE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan