ARKIB : 14/07/2004
MPPJ Selangor melaungkan keyakinan mampu mengekang kelab bola sepak
England, Norwich City dari berpesta gol sekalipun beraksi tanpa khidmat
penyerang jemputan dalam perlawanan persahabatan di Stadium KLFA, Cheras
malam ini.
Jurulatih MPPJ Selangor, Dollah Salleh berkata, harapan tetap disandar di bahu penyerang utama, Nizarudin Yusof, Bruno Martelotto dan Sasa Branezac.
Beliau berkata, kemampuan ketiga-tiga penyerang itu dirasakan mantap untuk melayan kunjungan kelab yang baru dinaikkan ke Liga Perdana England musim ini.
``MPPJ akan beraksi tanpa pemain jemputan dalam perlawanan dengan Norwich malam ini sebaliknya menurunkan kesebelasan utama kami yang beraksi dalam Liga Perdana.
``Saya berasa lega kerana Nizarudin Yusof yang sebelum ini cedera, kini sedia untuk beraksi bersama Martelotto dan Sasa.
``MPPJ akan bermain seperti biasa, tanpa sebarang tekanan cuma saya berpesan kepada pemain usah gentar dengan perbezaan fizikal pemain Norwich,'' katanya dalam sidang akhbar sempena perlawanan persahabatan dengan kelab itu di Putrajaya, semalam.
MPPJ sebelum ini cuba mendapatkan khidmat penyerang import Selangor, Brian Fuentes dan penyerang Perak, Frank Seator sebagai pemain jemputan dalam perlawanan dengan Norwich, tetapi tidak berhasil.
Selain tanpa penyerang jemputan, Dollah mengakui MPPJ terasa kehilangan ayam tambatannya, Juan Manuel Arostegui yang meninggalkan skuad itu kerana menyertai kelab bahagian satu di Mexico.
Bagaimanapun, katanya MPPJ akur akan ketiadaan Arostegui dan ia mampu diisi pemain sedia ada.
Sementara itu, menyedari pemain lawan memiliki kelebihan fizikal dan kemahiran yang jauh lebih baik, Dollah berharap anak buahnya cuba mengambil kesempatan cuaca panas negara ini sebagai kelebihan untuk menyekat Norwich.
``Secara logiknya, pemain lawan mudah kehilangan stamina jika bermain dalam cuaca panas negara kita.
``Untuk itu kita boleh menggunakan kesempatan itu dengan memaksa pemain lawan mengeluarkan stamina.
``Begitupun ia bukanlah faktor penentu keputusan perlawanan esok (hari ini), ia sebahagian daripada strategi berdepan pasukan yang memiliki pemain berkemahiran tinggi,'' katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan