ARKIB : 23/03/2006
KUALA LUMPUR - Dua kemenangan
berturut-turut Selangor menewaskan Telekom Melaka 5-2 pada saingan Liga Super
Sabtu lalu dan terbaru menang selesa 3-1 ke atas kelab dari Maldives, Hurriya
SC dalam perlawanan Kumpulan F, Piala AFC kelmarin, belum menceriakan jurulatih
Dollah Salleh.
Malah Dollah tidak berani
meramalkan prestasi sebenar Selangor yang masih berada di tangga terbawah liga
ketika baki lapan perlawanan liga bakal menentukan kedudukan sebenar skuad
Merah Kuning.
Walau apapun buat jurulatih itu
tiga gol menerusi Bambang Pamungkas, Ellie Aiboy dan Brian Fuentes sedikit
melegakan kebangkitan semula jentera serangan yang akan menjadi sandaran
pertemuan dengan Perlis, Sabtu ini.
``Masih terlalu awal untuk
mengatakan Selangor sudah mula bangkit tetapi apa yang melegakan tiga import
Bambang, Aiboy dan Fuentes sudah kembali menemui sentuhan jaringan.
``Begitu juga dengan kelibat
ketua pasukan, Muhammad Shukor Adan dan K. Sanbagamaran turut menampilkan corak
permainan yang cukup meyakinkan,'' ujar Dollah ketika dihubungi di Maldives
semalam.
Buat Dollah, pertemuan dengan
Perlis di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, Selangor perlu menang untuk
terus memperbaiki kedudukan dalam saingan liga.
Bagaimanapun beliau tidak
menafikan faktor keletihan selepas mengharungi perlawanan di Maldives ketika
pemain Selangor dijangka tiba di Kuala Lumpur lewat pagi ini, sedikit
menjejaskan rentak.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_10.htm#ixzz4kpTOzAd9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan