PERTEMUAN antara Tunku Ismail
Sultan Ibrahim (kiri) dan Dollah Salleh yang dimuat naik Facebook JOHOR
Southern Tigers mencuri tumpuan peminat. - JOHOR Southern Tigers
24 Julai 2017 12:54 PM
KUALA LUMPUR 24 Julai - Ketika
isu penggantungan Dollah Salleh hangat diperkatakan, pertemuan bekas jurulatih
kebangsaan itu dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku
Ismail Sultan Ibrahim, malam tadi mencuri tumpuan peminat bola sepak negara.
Facebook rasmi Johor Darul
Ta’zim (JDT), JOHOR Southern Tigers menyiarkan gambar pertemuan Tunku Ismail
dan Dollah bersama keterangan: “Tunku Mahkota Johor ‘minum kopi’ bersama Dollah
Salleh”.
Pertemuan tersebut berlangsung
kurang 48 jam selepas Dollah dihukum gantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh
Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang
dan FELDA United pada 1 Julai lalu.
Tunku Ismail yang juga Tunku
Mahkota Johor (TMJ) mempertahankan keputusan Jawatankuasa Tatatertib badan
induk itu dengan menegaskan Dollah boleh membuat rayuan mengurangkan hukuman
yang dikenakan terhadapnya. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tmj-8216-minum-kopi-8217-bersama-dollah-1.506786#ixzz4nk9l81gb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan