Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Jurulatih Pahang
Dollah Salleh mengaku skuad bimbingannya tidak boleh terlepas mata apabila
bertemu FELDA United FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, malam ini.
Bekas pemain kebangsaan itu
mahu pemainnya memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan Tok Gajah meraih
tiga mata dalam usaha memberi tekanan kepada pendahulu Liga Super Johor Darul
Ta’zim (Johor DT).
Katanya, tiada yang lebih
penting buat skuad itu selain menewaskan The Fighters jika mahu mengejar
kedudukan terbaik terutama mengurangkan jurang mata dengan skuad Harimau
Selatan.
“Saya harap pemain beraksi
dengan baik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pahang untuk mengelak
ketinggalan mata lebih banyak dengan Johor DT.
“Apa yang perlu dilakukan
pemain adalah beraksi dengan baik dan memanfaatkan segala peluang biarpun FELDA
United akan memberikan tentangan sengit,” katanya ketika dihubungi, di sini,
semalam.
Dollah yang juga bekas
jurulatih kebangsaan berkata, sesi latihan di padang sintetik di sini, diharap
membantu memperkemaskan persefahaman dalam kalangan pemain termasuk kecergasan.
Katanya, kecergasan bukan fokus
utama sebaliknya sesi latihan selepas Aidilfitri lebih kepada membentuk
percaturan terbaik dalam usaha memburu kemenangan.
“Saya tidak boleh katakan tahap
kecergasan pemain berada pada prestasi terbaik tetapi mereka (pemain) diharap
mempamerkan komitmen tinggi untuk menyekat tuan rumah daripada meraih
kemenangan,” katanya.
Sementara itu, pemain tengah
Pahang Ahmad Syamim Yahya berkata, mereka tidak boleh kehilangan mata kerana ia
akan menyukarkan Tok Gajah mengejar Johor DT dalam memburu kejuaraan liga.
“Tapi, kami perlu fokus
memandangkan FELDA United tampil dengan tiga import baru yang pasti memberikan
kelainan,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 9:27 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan