Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola
Sepak Negeri Pahang (PBNP) boleh menamatkan kontrak Dollah Salleh jika mereka
mahu.
Ia berikutan penggantungan
selama sembilan bulan tidak boleh terbabit dalam aktiviti bola sepak yang
dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas Dollah, sejak Jumaat
lalu.
Ejen pemain berpengalaman,
Effendi Jagan Abdullah menjelaskan, jika menurut kontrak biasa, jurulatih yang
digantung boleh ditamatkan perkhidmatan mereka oleh pasukan.
Ejen pemain berpengalaman,
Effendi Jagan Abdullah. - Foto NSTP/Osman Adnan
Bagaimanapun, beliau berkata ia
bergantung kepada budi bicara pasukan dan PBNP perlu mendapatkan penjelasan
daripada Dollah menerusi surat tunjuk sebab terlebih dulu.
"Kebiasaannya ia
(menamatkan perkhidmatan jurulatih) sudah terkandung dalam kandungan kontrak
jurulatih dengan pasukan.
"Apapun, ia tetap
tertakluk kepada budi bicara pasukan sama ada mahu terus mengekalkan atau
menamatkan kontrak jurulatih itu," katanya kepada BH Sukan.
Dollah digantung selama 18
bulan dan denda RM30,000 dengan penggantungan sembilan bulan pertama (dari 21
Julai 2017 hingga 20 April 2018) dan baki 9 bulan kedua (21 April 2018 hingga
20 Januari 2019) ditangguh terlebih dahulu, tertakluk kepada kepada kelakuan
baik beliau.
Selain itu, Effendi turut tidak
menolak kemungkinan PBNP akan mengekalkan Dollah kerana sumbangannya yang besar
kepada bola sepak Pahang.
"Saya fikir hukuman Dollah
akan dikurangkan selepas dia mengemukakan rayuan dan PBNP juga mungkin akan
mengekalkan khidmatnya bersama pasukan," katanya.
Sumber- BERITA HARIAN ONLINE Khamis,
27 Julai 2017 | 10:01pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan