29 Jun 2014
Dollah Salleh Dollah Salleh
KETUA jurulatih Polis Diraja
Malaysia (PDRM) Dollah Salleh optimis skuad 'The Cops' mampu muncul juara buat
kali pertama pada saingan Piala Malaysia 2014, bermula Ogos ini.
Jurulatih berusia 50 tahun itu
berkata ia sasaran realistik berdasarkan persembahan cemerlang pemainnya musim
ini yang menyaksikan mereka muncul juara Liga Perdana buat kali kedua selepas
2007.
"Kehadiran kita dalam
Piala Malaysia musim ini bukan sekadar tangkap muat sahaja...sudah tentu kita
harap dapat muncul juara," katanya kepada Bernama hari ini.
Dollah, yang pernah membawa
pasukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya FC (MPPJ) muncul kelab pertama
menjulang Piala Malaysia pada 2003, menyifatkan tiada apa yang mustahil untuk
dilakar pemain namun meminta mereka kekal fokus dalam setiap perlawanan yang
bakal dihadapi.
Pengendali kelahiran Melaka itu
berkata pemain 'The Cops' kini bebas daripada sebarang kecederaan dan akan
melaporkan diri untuk persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia pada 14
Julai ini.
Dalam pada itu, Dollah berkata
beliau masih belum menerima sebarang maklumat daripada Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) mengenai pelantikannya sebagai ketua jurulatih skuad Harimau
Malaya yang baharu.
Beliau hanya mengetahui perkara
itu menerusi beberapa laporan akhbar hari ini, katanya mengenai keputusan
pelantikan itu yang dibuat pada mesyuarat pertama exco FAM sesi 2014-2018 yang
dipengerusikan Presidennya, Tengku AbdullahSultan Ahmad Shah, semalam. -
Bernama
SUMBER- sinar HARIAN ONLINE 29.6.201
Tiada ulasan:
Catat Ulasan