MOHD FAHMI ISMAIL
7 September 2014
Dollah Salleh (dua, kanan)
mengendalikan sesi latihan skuad Harimau Malaya di Kelana Jaya, kelmarin.
Dollah Salleh (dua, kanan) mengendalikan sesi latihan skuad Harimau Malaya di
Kelana Jaya, kelmarin.
WALAUPUN ramai pihak seakan
memperkecilkan pemilihan pemain kebangsaan termasuk memanggil kembali kudrat
kuda tua, tetapi tidak bagi Azraai Khor Abdullah.
Ia merujuk kepada skuad
pimpinan Harimau Malaya dikendalikan Dollah Salleh yang kembali menyenaraikan
tiga pemain veteran yang sudah lama disisihkan iaiatu Azizon Kadir, Indra Putra
Mahayudin dan Shukor Adan.
Menurut Azraai yang juga bekas
jurulatih T-Team dan Harimau Muda, beliau secara peribadi menghormati keputusan
dilakukan rakan baiknya itu.
Katanya, apabila dilantik
sebagai jurulatih, Dollah tentu memiliki perancangan tersendiri termasuk
memanggil muka lama.
“Kita kena hormat keputusannya.
Dia pasti lebih arif soal dan permainan pemain tempatan.
“Ada pemain dari Pahang, PDRM
termasuk Muslim Ahmad yang dibawa masuk ke dalam kem latihan pusat.
“Pada saya, Dollah lebih tahu
kerana pernah melatih pasukan itu dan yakin akan sumbangan mampu diberikan
mereka atas padang,” katanya.
Tambah Azraai, sebagai kebaikan
bersama, beliau mahu peminat tanah air memberikan dukungan kepada skuad
Malaysia yang akan beraksi dalam kejohanan Piala AFF 2014 di Singapura, November
depan.
Mengakui masa kian suntuk untuk
Dollah membentuk pasukan mantap, Azraai tetap mempercayai 100 peratus bahawa
Malaysia mampu melepasi halangan ke final seperti disasarkan Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM).
“Kalau ikut, memang tak cukup
masa kerana Dollah baharu beberapa bulan menyertai pasukan kebangsaan.
“Apa pun, kita tunggu aksi
sebenar nanti,” katanya sedar negara berdepan laluan berliku berdepan Thailand
dan Singapura kelak.
Sumber-Sinar Harian online
8.8.14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan