Tok Gajah perlu lupakan
ROSILAWATI ROSEDI
22 Jun 2013
Alex pastinya mahu memastikan
pengalaman dimiliki bersama Harimau Malaya mampu membantu pasukannya.
Tok Gajah perlu lupakan
GAGAL beraksi dipentas final
Piala FA, Pahang bertekad memastikan kemenangan dan meraih tiga mata apabila
melayan kunjungan Perak di Stadium Darul Makmur, malam ini.
Kemenangan harus dicari
seandainya mengimpikan sasaran muncul antara tiga pasukan terbaik Liga Super
2013 tercapai selepas buruan untuk mengungguli liga semakin jauh.
Tewas 0-1 dalam aksi pusingan
pertama di Stadium Lumut, pastinya mahu ditebus barisan pemain Tok Gajah yang
pastinya mendapat sokongan padu penyokong setia mereka.
LANCAR
Permulaan musim begitu
menakjubkan hingga mengungguli takhta liga diseparuh jalan memberi amaran buat
pesaing bahawa penyertaan sulung anak didik Dollah Salleh bukanlah pelengkap
jadual.
Namun bermula babak kedua
saingan liga, beberapa kekalahan dan keputusan seri yang dicatat memberi
peluang pada pasukan lain memintas kedudukan selain beberapa kecederaan pemain
menyukarkan perancangan pengurusan.
BANTU
Selesai aksi persahabatan
Harimau Malaya di Australia, tiga pemain Azamuddin Akil (Alex), Fauzi Roslan
(Kojie) dan Saiful Nizam Miswan (Poyeng) pastinya mahu mengunakan pengalaman
yang dimiliki membantu Tok Gajah menewaskan Seladang.
Malah Poyeng dan Alex bertekad
untuk menggunakan pengalaman berharga itu untuk membantu pahang dan mengelakkan
keciciran mata di malam ini.
AURA
Bagi Dollah, momentum pemain
sedikit perlahan selepas berehat seketika daripada saingan liga dan
mengharapkan pemain segera bangkit untuk perlawanan itu.
Aura di Stadium Darul Makmur
dengan sorakan padu peminat Pahang yang tidak pernah gagal dan setia memberikan
sokongan juga dapat membantu Tok Gajah untuk tidak menghampakan mereka.
Namun aksi ‘lambat panas” perlu
dielakkan selain jaringan awal perlu dicari untuk memastikan kedudukan selesa
selain sentiasa fokus sehingga tamat permainan.
KERAS
Bagi penyerang import, Matias
Conti seharusnya berusaha keras kerana pemain lawan akan cuba mengikat kelibat
penyerang kelahiran Argentina itu daripada merobek gawang mereka.
Pemain pertahanan pula, Damion
Delano Stewart juga sudah membuktikan kemampuannya menjaga posisi tersebut dan
semestinya khidmatnya terus ditagih menjaga sebaik mungkin selain ketenangan
penjaga gawang muda pasukan, Khairul Azhan Mohd Khalid perlu terus dikekalkan
jika menjadi pilihan Dollah pada malam ini.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 22
Jun 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan