Muhammad Zakwan Nazaraly
20 Mei 2017
Dollah Salleh
Dollah dan Matthew Davies pada
sidang media perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, semalam.
PENGENDALI Pahang, Dollah
Salleh dilihat cuba bermain perang psikologi apabila mengakui sedikit khuatir
dengan kemampuan pasukannya yang dibarisi ramai pemain muda berbanding Kedah
yang memiliki pemain berpengalaman dalam aksi akhir Piala FA, malam ini.
Namun, jurulatih penuh
berpengalaman itu yakin pemainnya mampu menunjukkan persembahan terbaik sekali
gus menidakkan cabaran Lang Merah untuk merangkul trofi yang kali terakhir
dimenangi Tok Gajah pada 2014.
“Bagi saya Kedah ada kelebihan
kerana mereka agak konsisten dan dah banyak kali ke final. Dalam tempoh lima
bulan saya kendalikan Pahang, masih banyak kelemahan yang saya lihat.
“Tetapi, saya yakin kami mampu
cipta kejutan ke atas Kedah selain pemain cukup bersemangat untuk berada di
final,” katanya.
Bercakap mengenai peluang
menjuarai Piala FA, Dollah sama sekali tidak menolak kemungkinan peluang untuk
muncul juara masih terbuka luas antara kedua-dua pasukan.
Menurutnya, beliau akan
menerapkan elemen yang sedikit berbeza dari kebiasaan dalam pasukan Tok Gajah
itu.
“Bagi saya, Kedah banyak
bergantung di bahagian tengah dan kita banyak bergerak di bahagian serangan.
Apa yang penting adalah fokus pemain dalam perlawanan esok. Itu akan menentukan
kejuaraan,” katanya.
Sementara itu, Dollah turut
memberikan bayangan akan menurunkan pemain import baharu Yamil Romero dalam
perlawanan malam ini.
Jelasnya, pemain kelahiran
Argentina itu bakal menjadi tonggak penting dalam kesebelasan utama pasukan.
“Dalam tempoh dua minggu dia
bersama kami, bagi saya dia berbakat dan ada skill. Saya yakin dia boleh
lakukan sesuatu esok (malam ini) untuk pasukan,” katanya.
Sumber-sinar Harian online 20
MEI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan