Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2017
Kem Pahang diketuai Dollah
lebih selesa dianggap underdog pada final Piala FA menentang Kedah, Sabtu ini.
PENGENDALI Pahang, Dollah
Salleh lebih selesa menganggap diri mereka sebagai underdog apabila berdepan
Kedah pada aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Bagaimanapun, Dollah
menegaskan, beraksi sebagai underdog tidak bermakna Pahang tidak mempunyai
peluang untuk menjulang kejuaraan, sebaliknya beliau percaya skuad Tok Gajah
memiliki kekuatan untuk melakar kejutan ke atas Kedah.
"Final kali ini orang
cakap Kedah pasukan pilihan, tapi saya tak kisah.
"Saya hanya mahu fokus dan
mengharapkan semua pemain beraksi dengan baik pada perlawanan itu,"
katanya.
Dalam pada itu, Dollah juga mengingatkan
anak buahnya agar tidak terlalu memikirkan soal kekuatan dan kelemahan lawan.
"Apa yang penting kita
fokus untuk persediaan terbaik Pahang bagi final nanti.
"Saya juga harap tiada
kecederaan dialami pemain sebelum final," ujarnya.
Untuk rekod, Pahang turun
dengan misi meraih kejuaraan ketiga Piala FA selepas menang pada 2014 dan 2006.
Sumber-sinar Harian online 20
MEI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan