Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Selepas memilih
Thailand sebagai persediaan pramusim bulan lalu, Pahang kini beralih ke
Singapura sebagai persediaan terakhir bagi menghadapi saingan Liga Malaysia
musim ini.
Jurulatih Dollah Salleh
(gambar) berkata, mengikut perancangan skuadnya akan bertemu kelab Singapura,
Tampines Rovers minggu depan untuk menilai prestasi semasa kerana saingan Liga
Super akan bermula pada 21 Januari ini.
Aksi persahabatan itu diharap
membantu mempertingkatkan lagi persembahan pasukan terutama dari segi persefahaman
dan prestasi sekali gus memberi saingan bermakna dalam liga, ujarnya.
“Setakat ini, keserasian dalam
kalangan pemain belum mencapai tahap diinginkan tapi saya percaya dengan sesi
latihan serta aksi persahabatan akan membantu meningkatkan persefahaman.
“Sejak bulan lalu, mereka masih
lagi memerlukan masa untuk mewujudkan keserasian dan aksi persahabatan akan
membantu memantapkan pasukan sebelum bertemu Perak pada aksi pembuka tirai
liga,” katanya semalam.
Pada aksi persahabatan pramusim
di Thailand bulan lalu, Pahang seri dua kali dengan Rayong FC (1-1) dan Fort FC
(1-1) dan tewas dua kali kepada PTT Rayong (0-2) dan Royal Navy FC (0-2).
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 9:33 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan