Oleh Helmi Talkah dan Naqib Nor
Said bhsukan@bh.com.my
Ketua Jurulatih Pasukan Pahang,
Dollah Salleh (kiri) bersama ketua pasukan Pahang, Matthew Davies (kanan) pada
sidang media Perlawanan Akhir Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam hari ini. -
Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Jurulatih Pahang,
Dollah Salleh mengakui kelebihan memihak kepada Kedah berdasarkan pengalaman
dimiliki majoriti barisan pemain pasukan itu menjelang aksi final Piala FA di
Stadium Shah Alam, malam esok. Bekas pengendali Harimau Malaya itu, berkata
pengalaman barisan pemain skuad Helang Merah yang beraksi di pentas final Piala
Malaysia pada 2015 dan 2016 sudah pasti menjadi azimat buat pasukan berkenaan.
Begitupun, dengan kualiti dimiliki
barisan pemain Pahang belum tetap yakin Tok Gajah mampu melakukan sesuatu bagi
mengekang Kedah sekali gus membawa pulang trofi Piala FA. "Pemain yang ada
dalam pasukan sekarang sudah bersama selama dua hingga tiga tahun dan sudah
pasti keserasian mereka semakin mantap.
"Apa lagi pemain yang sama juga sudah
beraksi di pentas final (Piala Malaysia) sebanyak dua kali berturut-turut.
Untuk itu saya fikir pengalaman bukan lagi masalah buat mereka.
"Berbanding Pahang, kami
ada segelintir pemain muda yang mempunyai bakat dan kemahiran individu dan
boleh beraksi di peringkat tertinggi. Cuma, pengalaman bermain di pentas final
itu yang tiada.
"Namun, saya sudah
ingatkan kepada pemain Pahang yang kita tidak perlu terlalu menghormati pasukan
lawan. Bermain seperti biasa," kata Dollah ketika sidang media menjelang
aksi fina Piala FA di sini, hari ini.
Final kali ini adalah pentas
final kali keempat buat skuad Tok Gajah dan dua kali berjaya menjadi juara
iaitu pada 2006 dengan menewaskan Perlis 4-2 menerusi penentuan penalti
(selepas terikat 0-0 sehingga tamat masa tambahan) dan 2014 dengan menumbangkan
FELDA United 2-1.
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/284268
Tiada ulasan:
Catat Ulasan