Ahad, 7 Mei 2017 @ 2:00 PM
Oleh Asrol Awang bhsukan@bh.com.my

Dollah Salleh mengendalikan
latihan pemainnya di Padang Taman Gelora. - Foto Zulkepli Osman
KUANTAN: Pengendali Pahang,
Dollah Salleh menegaskan akan melakukan tindakan drastik dengan merombak barisan
pemainnya susulan prestasi hambar skuad Tok Gajah pada dua aksi di laman
sendiri sebelum ini.
Menurutnya, dia amat kecewa
kerana skuad kendaliannya hanya mengutip dua daripada sembilan mata ketika
beraksi di laman sendiri. Dollah berkata, kekalahan 3-2 kepada Kelantan di
Stadium Darul Makmur malam tadi adalah kemuncak kepada tahap kesabarannya yang
turut menyaksikan rekod bersih Tok Gajah di laman sendiri lebur.
"Sebelum ini kami seri 2-2
dengan Selangor dan seri 1-1 menentang FELDA United. Apabila gagal mengutip
tiga mata di laman sendiri, ia memberi gambaran betapa pemain sudah hilang
fokus dan saya perlu mengambil tindakan drastik bagi mengatasinya.
"Kekalahan ini mengakibatkan jurang mata
Pahang dengan Johor Darul Ta'zim makin luas," katanya. Dollah mengakui
pemain cuba bangkit tetapi kekebalan pertahanan The Red Warriors (TRW)
menyebabkan gol penyamaan gagal dicari walaupun secara keseluruhannya anak
buahnya beraksi dengan baik. Pada perlawanan itu, jaringan Alessandro Celin dan
dua gol Mohammed Ghaddar memastikan Kelantan membawa pulang tiga mata berharga.
SUMBERSelanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/279972
Tiada ulasan:
Catat Ulasan