RABU, 8 MAC 2017 @ 1:18 PM
Oleh Asrol Awang
bhsukan@bh.com.my DOLLAH Salleh. - Foto Farizul Hafiz Awang KUANTAN: Pengendali
Pahang, Dollah Salleh, berharap tiada rasa kecil hati bersarang dalam hati
pemain yang tidak tersenarai sebagai kesebelasan utama skuad Tok Gajah.
Bekas jurulatih kebangsaan itu menegaskan
sudah memilih pemain paling terbaik dan sedia diturunkan dalam kesebelasan
utama setiap kali Pahang beraksi. "Senarai (kesebelasan utama) ini bukan
saya seorang putuskan, kita berbincang dengan semua dalam kumpulan teknikal dan
kejurulatihan skuad Pahang termasuk Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Pahang
(PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
"Bukan mudah nak buat keputusan
menyenaraikan pemain. Ada kalanya saya dalam dilema kerana mereka sentiasa
menunjukkan komitmen dan semangat tinggi.
"Sebagai contoh, Kiko Insa
dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria sudah pulih daripada kecederaan dan pada masa
sama, Nor Azam Azih serta Christie Jayaseelan juga tampil dengan prestasi
terbaik dalam perlawanan baru-baru ini.
"Semua ini memeningkan
saya membuat keputusan," katanya selepas majlis bersama pegawai PBNP dan
pemain Pahang, malam tadi. Dollah yang membantu Pahang menjulang Piala Malaysia
pada 2013 berkata, dua lagi pemain iaitu Ahmad Syamim Yahya dan Afif Aminuddin
pernah menyuarakan kebimbangan jika ditimpa kecederaan dan posisi itu diambil
alih pemain lain.
Katanya, komitmen tinggi pemain
terbabit membuktikan mereka memberikan segala-galanya terhadap pasukan untuk memastikan
kemenangan.
"Saya lihat Muslim Ahmad,
Joseph Kalang Tie dan semua pemain menunggu peluang berada dalam kesebelasan
utama dan apa yang menggembirakan mereka memberikan segala-galanya bagi
membuktikan mereka adalah terbaik buat pasukan," katanya.
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/257402
Tiada ulasan:
Catat Ulasan