8 MAC 2017
Dollah Salleh
KETUA jurulatih Pahang, Dollah
Salleh berkata, kemenangan ke atas Melaka United dalam saingan Piala FA pada
Sabtu ini mampu memulihkan kembali semangat dan moral para pemainnya.
Beliau berkata, ia juga secara
langsung akan memperbaiki imej skuad Tok Gajah yang tercalar selepas tewas 2-3
kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini.
"Saya tidak sabar untuk
menunggu perlawanan ini berlangsung di Stadium Darul Makmur. Ini kerana aksi
tersebut mampu memulihkan kembali imej pasukan, semangat dan moral pemain kami.
"Walaupun prestasi Melaka
United sejak kebelakangan ini tidak begitu menjadi, kita tidak boleh menganggap
mudah dengan cabaran mereka kerana mana-mana pasukan yang bermain dalam Liga
Super adalah yang terbaik," katanya.
Dollah juga berkata, kesemua
pemainnya bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama hingga menyebabkan
beliau kadang kala berada dalam dilema untuk memilih pemain yang bakal
diturunkan pada setiap perlawanan.
"Ramai yang boleh beraksi
sehingga ada dalam kalangan pemain utama kami yang bimbang mendapat kecederaan
kerana enggan tempat mereka diambil rakan lain. Cuma saya risau mereka rasa
hampa jika tidak diturunkan dan ini boleh menjejaskan moral mereka.
"Nasihat saya adalah agar
mereka tidak rasa kecil hati dan terus mempamerkan prestasi (cemerlang) kerana
ruang untuk mereka beraksi sentiasa terbuka," katanya. - Bernama
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 8
MAC 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan