WARTAWAN SINAR HARIAN 4 September
2015
Dollah Salleh
JURULATIH skuad kebangsaan
Malaysia, Dollah Salleh, dikhabarkan menyatakan keinginan meletak jawatan
selepas skuad kendaliannya itu diaibkan selepas kalah 10-0 ketika
menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE)
pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin
Zayed, Abu Dhabi, malam tadi.
Memetik laporan
stadiumastro.com, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan oleh Setiausaha Agung
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Dato’ Hamidin Mohd. Amin lewat petang ini.
Datuk Ong Kim Swee turut dikhabarkan
akan mengambil alih skuad kebangsaan sebagai ketua jurulatih sementara.
Sementara itu, memetik laporan
di laman web rasmi FAM, ketika ditanya mengenai keputusan meletak jawatan,
Dollah berkata "Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan
lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini." kata Dollah pada sidang media
selepas perlawanan.
Kekalahan tersebut menyaksikan
Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot
Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri tanpa jaringan menentang
Timor Leste pada dua aksi terdahulu.
UAE nyata mendominasi
perlawanan pada babak pertama menerusi ledakan tujuh gol.Kedudukan 7-0 itu
kekal sehingga berakhirnya babak pertama.
Sementara itu, Malaysia
dijadualkan menentang Arab Saudi pada aksi keempat kumpulan A di Stadium Shah
Alam pada 8 September ini.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 4
September 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan