Jumaat, 3 Mac 2017

Dollah ketua jurulatih baharu Singa Utara

Oleh Hafizudin Mohd Safar
sukan@hmetro.com.my
Kangar: Bekas jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Dollah Salleh dilantik ketua jurulatih skuad bola sepak Perlis baharu bagi mengemudi pasukan terbabit dalam saingan Liga Perdana 2016 bermula hari ini.

Dollah berkata, fokusnya kini tertumpu terhadap persiapan pasukan Perlis sebelum memulakan saingan Liga Perdana tahun hadapan.


"Saya masih berminat (dengan bola sepak) dan Perlis kini adalah cabaran baharu," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Rozabil Abd Rahman ketika dihubungi berkata, persiapan PFA untuk musim 2016 berjalan lancar selepas pihaknya mengesahkan pelantikan Dollah sebagai ketua jurulatih yang baru menggantikan Yusri Che Lah dan pihaknya kini memberi tumpuan terhadap senarai pemain yang bakal dipilih PFA sebelum saingan 2016 bermula.

"Setakat ini, lapan bekas pemain Liga FAM Perlis yang lalu sudah mengikat kontrak dengan PFA untuk mewakili Perlis dalam Liga Perdana 2016.

"Ada beberapa pemain import dari Jepun, Afrika dan Thailand yang kini menjalani sesi pemilihan untuk mewakili Perlis, selain beberapa orang lain pemain tempatan yang turut berminat untuk menyertai pasukan Singa Utara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 6:02 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan