Rabu, 8 Mac 2017

Jangan kecil hati jika tidak disenarai

RABU, 8 MAC 2017 @ 1:18 PM
Oleh Asrol Awang bhsukan@bh.com.my DOLLAH Salleh. - Foto Farizul Hafiz Awang KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh, berharap tiada rasa kecil hati bersarang dalam hati pemain yang tidak tersenarai sebagai kesebelasan utama skuad Tok Gajah.

      Bekas jurulatih kebangsaan itu menegaskan sudah memilih pemain paling terbaik dan sedia diturunkan dalam kesebelasan utama setiap kali Pahang beraksi. "Senarai (kesebelasan utama) ini bukan saya seorang putuskan, kita berbincang dengan semua dalam kumpulan teknikal dan kejurulatihan skuad Pahang termasuk Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

      "Bukan mudah nak buat keputusan menyenaraikan pemain. Ada kalanya saya dalam dilema kerana mereka sentiasa menunjukkan komitmen dan semangat tinggi.

"Sebagai contoh, Kiko Insa dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria sudah pulih daripada kecederaan dan pada masa sama, Nor Azam Azih serta Christie Jayaseelan juga tampil dengan prestasi terbaik dalam perlawanan baru-baru ini.

"Semua ini memeningkan saya membuat keputusan," katanya selepas majlis bersama pegawai PBNP dan pemain Pahang, malam tadi. Dollah yang membantu Pahang menjulang Piala Malaysia pada 2013 berkata, dua lagi pemain iaitu Ahmad Syamim Yahya dan Afif Aminuddin pernah menyuarakan kebimbangan jika ditimpa kecederaan dan posisi itu diambil alih pemain lain.

Katanya, komitmen tinggi pemain terbabit membuktikan mereka memberikan segala-galanya terhadap pasukan untuk memastikan kemenangan.

"Saya lihat Muslim Ahmad, Joseph Kalang Tie dan semua pemain menunggu peluang berada dalam kesebelasan utama dan apa yang menggembirakan mereka memberikan segala-galanya bagi membuktikan mereka adalah terbaik buat pasukan," katanya.   


Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/257402

Kemenangan pulih semangat Tok Gajah

8 MAC 2017
 Dollah Salleh
Dollah Salleh
KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, kemenangan ke atas Melaka United dalam saingan Piala FA pada Sabtu ini mampu memulihkan kembali semangat dan moral para pemainnya.

Beliau berkata, ia juga secara langsung akan memperbaiki imej skuad Tok Gajah yang tercalar selepas tewas 2-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini.

"Saya tidak sabar untuk menunggu perlawanan ini berlangsung di Stadium Darul Makmur. Ini kerana aksi tersebut mampu memulihkan kembali imej pasukan, semangat dan moral pemain kami.
  
"Walaupun prestasi Melaka United sejak kebelakangan ini tidak begitu menjadi, kita tidak boleh menganggap mudah dengan cabaran mereka kerana mana-mana pasukan yang bermain dalam Liga Super adalah yang terbaik," katanya.

Dollah juga berkata, kesemua pemainnya bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama hingga menyebabkan beliau kadang kala berada dalam dilema untuk memilih pemain yang bakal diturunkan pada setiap perlawanan.

"Ramai yang boleh beraksi sehingga ada dalam kalangan pemain utama kami yang bimbang mendapat kecederaan kerana enggan tempat mereka diambil rakan lain. Cuma saya risau mereka rasa hampa jika tidak diturunkan dan ini boleh menjejaskan moral mereka.

"Nasihat saya adalah agar mereka tidak rasa kecil hati dan terus mempamerkan prestasi (cemerlang) kerana ruang untuk mereka beraksi sentiasa terbuka," katanya. - Bernama


Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 8 MAC 2017

Tewaskan Melaka United mampu pulih moral, semangat pemain - Dollah

 Pahang bangkit
Pahang bangkit
PENYERANG JDT Ahmad Hazwan Bakri menjerit kegembiraan apabila menjaringkan gol pada perlawanan menentang Pahang dalam Liga Super di Stadiujm Larkin, 3 Mac lalu. - UTUSAN ONLINE/RAJA JAAFAR ALI
08 Mac 2017 12:59 PM
28
KUANTAN 8 Mac - Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, kemenangan ke atas Melaka United dalam saingan Piala FA pada Sabtu ini mampu memulihkan kembali semangat dan moral para pemainnya.

Beliau berkata, ia juga secara langsung akan memperbaiki imej skuad Tok Gajah yang tercalar selepas tewas 2-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini.

"Saya tidak sabar untuk menunggu perlawanan ini berlangsung di Stadium Darul Makmur. Ini kerana aksi tersebut mampu memulihkan kembali imej pasukan, semangat dan moral pemain kami.

"Walaupun prestasi Melaka United sejak kebelakangan ini tidak begitu menjadi, kita tidak boleh menganggap mudah dengan cabaran mereka kerana mana-mana pasukan yang bermain dalam Liga Super adalah yang terbaik," katanya.

Dollah juga berkata, kesemua pemainnya bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama hingga menyebabkan beliau kadang kala berada dalam dilema untuk memilih pemain yang bakal diturunkan pada setiap perlawanan.

"Ramai yang boleh beraksi sehingga ada dalam kalangan pemain utama kami yang bimbang mendapat kecederaan kerana enggan tempat mereka diambil rakan lain. Cuma saya risau mereka rasa hampa jika tidak diturunkan dan ini boleh menjejaskan moral mereka.

"Nasihat saya adalah agar mereka tidak rasa kecil hati dan terus mempamerkan prestasi (cemerlang) kerana ruang untuk mereka beraksi sentiasa terbuka," katanya. - BERNAMA
Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tewaskan-melaka-united-mampu-pulih-moral-semangat-pemain-dollah-1.453435#ixzz4aim7XEKT

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 7 Mac 2017

Tok Gajah mahu pulih imej

 
Dollah dalam dilema pilih pemain. FOTO tokgajah.com
BERNAMA
Kuantan: Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata kemenangan ke atas Melaka United dalam saingan Piala FA pada Sabtu ini mampu memulihkan kembali semangat dan moral pemainnya.

Beliau berkata ia juga secara langsung akan memperbaiki imej skuad Tok Gajah yang tercalar selepas tewas 2-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini.

"Saya tidak sabar menunggu perlawanan ini berlangsung di Stadium Darul Makmur. Ini kerana aksi itu mampu memulihkan kembali imej pasukan, semangat dan moral pemain kami.


"Walaupun prestasi Melaka United sejak kebelakangan ini tidak begitu menjadi, kita tidak boleh menganggap mudah dengan cabaran mereka kerana mana-mana pasukan bermain dalam Liga Super adalah yang terbaik," katanya.

Dollah berkata pemain skuadnya bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama hingga menyebabkannya kadang kala dalam dilema untuk memilih pemain bakal diturunkan pada setiap perlawanan.

"Ramai boleh beraksi sehingga ada dalam kalangan pemain utama kami yang bimbang mendapat kecederaan kerana enggan tempat mereka diambil rakan lain. Cuma saya risau mereka rasa hampa jika tidak diturunkan dan ini boleh menjejaskan moral mereka.

"Nasihat saya adalah agar mereka tidak rasa kecil hati dan terus mempamer prestasi (cemerlang) kerana ruang untuk mereka beraksi sentiasa terbuka," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 12:45 PM

Isnin, 6 Mac 2017

Terlalu harap import punca Tok Gajah tumpas di Larkin

WARTAWAN SINAR HARIAN
5 MAC 2017
 Terlalu harap import punca Tok Gajah tumpas di Larkin
Terlalu harap import punca Tok Gajah tumpas di Larkin Dollah tetap berpuas hati semangat juang dipamerkan pemain Pahang di Larkin.
PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh mengakui terlalu mengharapkan penyerang import punca Tok Gajah tewas 2-3  kepada  Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Larkin, kelmarin.

Katanya, kegagalan barisan tengah khususnya mengakibatkan permainan menjadi kucar-kacir dan gagal menembusi pertahanan JDT.

“Saya lihat punca kekalahan hari ini adalah pemain tengah kami gagal menyokong dua penyerang import kami iaitu Matheus Alves dan Sumareh Mohamadou.


“Kita dah punyai peluang kerana dapat gol dulu tetapi memberi ruang kepada pemain JDT bebas bergerak adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Dollah turut meluahkan kekecewaan terhadap mutu pengadilan hingga menyebabkan pemainnya hilang fokus.

“Saya juga kecewa keputusan pengadil, bola itu tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti memandang ia berlaku selepas sepakan percuma dan terus disusuli penalti pula,” katanya.

Pada masa sama Dollah juga  turut memuji prestasi Matheus Alves berikutan gol kedua hasil sepakan percuma yang diambilnya membuahkan gol yang cantik dan sukar berlaku.

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 5 MAC 2017

Ahad, 5 Mac 2017

Gagal kekang barisan tengah JDT punca Pahang tumbang

SABTU, 4 MAC 2017 @ 1:28 PM
Oleh Rizar Mohd Noor rizar@bh.com.my
PENGENDALI skuad Tok Gajah, Dollah Salleh. - Foto Rasul Azli Samad JOHOR BAHRU: Kegagalan menyekat barisan tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) terutama pada babak pertama menjadi punca kekalahan Pahang yang tewas 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
 
 Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh menegaskan pemain tengahnya terlalu membiarkan barisan tengah skuad Harimau Selatan menguasai perlawanan tatkala terlalu kerap menunggu untuk melakukan serangan balas dan ia bukan perancangan taktikal yang dibentuk.

Beliau menambah kekerapan melakukan kesilapan yang tidak harus dilakukan juga menjejaskan rentak permainan sebenar barisan pemainnya yang seolah-olah hilang punca pada babak pertama.

"Pada babak kedua, kita cuba untuk bangkit dan beri tentangan sengit kepada JDT dan pemain saya disentap dengan keputusan pengadil perlawanan yang meruntuhkan semangat mereka apabila lawan dihadiahkan sepakan penalti. "

Apa pun keputusan pengadil muktamad dan pemain saya teruskan usaha dan berjaya merapatkan jurang gol tatkala kedudukan 3-2 namun untuk mencipta ruang menjaringkan gol tampak sukar selepas JDT beraksi dengan menguatkan di posisi tengah.

"Malah gol yang dihasilkan oleh Matheus (Alves) sudah dirancang pada setiap kali sesi latihan namun kurang menjadi dan pada perlawanan itu ia membuahkan hasil dan saya anggap ia jaringan terbaik," katanya.

Dollah juga menyifatkan Alves sudah memberi yang terbaik pada aksi itu namun sokongan daripada barisan pemain tengah yang kurang menjadi menyebabkan dia gagal untuk beri tekanan pada benteng pertahanan skuad kendalian Benjamin Mora.

 Beliau juga menegaskan Mahamadou Sumareh tampak keletihan dan tidak memberikan 100 peratus di dalam padang namun sudah berusaha untuk cuba beri yang terbaik apabila berjaya melakukan beberapa gerakan menarik.

"Apa pun kekalahan kepada JDT dapat beri pengajaran kepada kami dan ia akan menguatkan lagi semangat untuk bangkit malah saya akan pastikan barisan pemain kembali memainkan peranan dan bukan barisan penyerang yang perlu bertindak untuk melakukan segala-galanya," kata Dollah.


Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/255866

Sabtu, 4 Mac 2017

Dollah Salleh mampu atasi tekanan

MOHD FAHMI ISMAIL
7 SEPTEMBER 2014
Dollah Salleh mampu atasi tekanan Dollah Salleh (dua, kanan) mengendalikan sesi latihan skuad Harimau Malaya di Kelana Jaya, kelmarin.
WALAUPUN ramai pihak seakan memperkecilkan pemilihan pemain kebangsaan termasuk memanggil kembali kudrat kuda tua, tetapi tidak bagi Azraai Khor Abdullah.

Ia merujuk kepada skuad pimpinan Harimau Malaya dikendalikan Dollah Salleh yang kembali menyenaraikan tiga pemain veteran yang sudah lama disisihkan iaiatu Azizon Kadir, Indra Putra Mahayudin dan Shukor Adan.

Menurut Azraai yang juga bekas jurulatih T-Team dan Harimau Muda, beliau secara peribadi menghormati keputusan dilakukan rakan baiknya itu.

Katanya, apabila dilantik sebagai jurulatih, Dollah tentu memiliki perancangan tersendiri termasuk memanggil muka lama.

“Kita kena hormat keputusannya. Dia pasti lebih arif soal dan permainan pemain tempatan.

“Ada pemain dari Pahang, PDRM termasuk Muslim Ahmad yang dibawa masuk ke dalam kem latihan pusat.

“Pada saya, Dollah lebih tahu kerana pernah melatih pasukan itu dan yakin akan sumbangan mampu diberikan mereka atas padang,” katanya.

Tambah Azraai, sebagai kebaikan bersama, beliau mahu peminat tanah air memberikan dukungan kepada skuad Malaysia yang akan beraksi dalam kejohanan Piala AFF 2014 di Singapura, November depan.

Mengakui masa kian suntuk untuk Dollah membentuk pasukan mantap, Azraai tetap mempercayai 100 peratus bahawa Malaysia mampu melepasi halangan ke final seperti disasarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Kalau ikut, memang tak cukup masa kerana Dollah baharu beberapa bulan menyertai pasukan kebangsaan.

“Apa pun, kita tunggu aksi sebenar nanti,” katanya sedar negara berdepan laluan berliku berdepan Thailand dan Singapura kelak.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 7 SEPTEMBER 2014

Dollah Salleh letak jawatan?

WARTAWAN SINAR HARIAN 4 September 2015

Dollah Salleh
JURULATIH skuad kebangsaan Malaysia, Dollah Salleh, dikhabarkan menyatakan keinginan meletak jawatan selepas skuad kendaliannya itu diaibkan selepas kalah 10-0 ketika menentang  Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, malam tadi.

Memetik laporan stadiumastro.com, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Dato’ Hamidin Mohd. Amin lewat petang ini.

Datuk Ong Kim Swee turut dikhabarkan akan mengambil alih skuad kebangsaan sebagai ketua jurulatih sementara.

Sementara itu, memetik laporan di laman web rasmi FAM, ketika ditanya mengenai keputusan meletak jawatan, Dollah berkata "Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini." kata Dollah pada sidang media selepas perlawanan.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri tanpa jaringan menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.

UAE nyata mendominasi perlawanan pada babak pertama menerusi ledakan tujuh gol.Kedudukan 7-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

‎Sementara itu, Malaysia dijadualkan menentang Arab Saudi pada aksi keempat kumpulan A di Stadium Shah Alam pada 8 September ini.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 4 September 2015

Dollah Salleh pengendali baharu skuad Harimau Malaya

 Diterbitkan pada Jun 28, 2014 18:06 MYT 
Facebook  Twitter  Email  Google  whatsapp icon
Dollah Salleh pengendali baharu skuad Harimau Malaya
Pelantikan jurulatih berusia 50 tahun itu mendapat persetujuan sebulat suara anggota exco FAM - Gambar Fail
PETALING JAYA: Ketua jurulatih Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Dollah Salleh dilantik sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya untuk tempoh dua tahun.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah berkata pelantikan jurulatih berusia 50 tahun itu mendapat persetujuan sebulat suara anggota exco FAM berbanding dua lagi calon asing, berdasarkan rekod cemerlangnya membantu beberapa pasukan tempatan meraih pelbagai kejuaraan.

"Jawatankuasa FAM bersetuju memberi peluang kepada jurulatih tempatan lebih-lebih lagi skuad negara akan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dan Vietnam pada November ini.

"Kita akan minta Dollah mengemukakan barisan kejurulatihan bagi memudahkannya mengendalikan skuad kebangsaan," kata Afandi kepada pemberita selepas mesyuarat pertama exco FAM sesi 2014-2018 yang dipengerusikan presiden baharu FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kelana Jaya hari ini.

Sebelum ini, FAM turut menyenaraikan dua jurulatih asing kelahiran Jerman, Gert Engels dan Wolfgang Sidka sebagai antara tiga calon akhir bagi jawatan itu yang kosong sejak 31 Dis lepas susulan kontrak Datuk K. Rajagobal tidak diperbaharui.

Ditanya mengenai kontrak Dollah dengan PDRM yang hanya tamat November ini, Afandi berkata pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan pengurusan pasukan juara Liga Perdana 2014 itu.

"Kita berharap dapat menyelesaikan baki kontrak antara PDRM dengan Dollah dalam masa terdekat. Dollah sudah dimaklumkan mengenai pelantikan beliau," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sudah mengatur empat aksi 'pemanas badan' untuk skuad Harimau Malaya sebelum menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014.

Perlawanan itu ialah menentang Tajikistan pada 6 Ogos; Singapura (6 Sept); Jordan (11 Okt) dan satu lagi negara yang belum ditentukan pada 18 Nov.

Antara kejayaan yang pernah diraih Dollah ialah membawa pasukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) selaku pasukan kelab pertama muncul juara Piala Malaysia pada 2003 selain membawa Selangor meraih kejuaraan trebel - Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Perdana pada 2005.

SUMBER- http://www.astroawani.com/berita-sukan/dollah-salleh-pengendali-baharu-skuad-harimau-malaya-38608

Hodak dan Dollah punya rahsia tersendiri

WARTAWAN SINAR HARIAN3 November 2013

Hodak dan Dollah punya rahsia tersendiri
Dari kiri: Dollah Salleh dan Bojan Hodak
DEBARAN pentas akhir bukan sahaja dirasai pemain dan penyokong malah jurulatih tidak ketinggalan.

Perlu bijak merangka strategi bertahan serta menyerang semua ini perlu ada pada Bojan Hodak dan Dollah Salleh dalam pertembungan pentas akhir malam ini.

Memberi arahan dari luar padang, sebarang kesilapan percaturan pastinya membawa padah kepada pasukan. Hodak dan Dollah mereka sememangnya telah membuktikan kewibawaan dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

Membawa pasukan ke pentas akhir sesuatu yang perlu dibanggakan malah lebih manis jika dapat menjulang piala tersebut.


DOLLAH Salleh memegang rekod cemerlang sebagai jurulatih dan pemain, ini terbukti dengan pencapaian diraih.

Sebagai bekas pemain Pahang dan membarisi skuad kegemilangan,1992, Dollah semestinya mempunyai misi tersendiri untuk membantu dan memastikan gelaran juara Piala Malaysia musim ini menjadi milik Pahang.


CURAH ILMU

Pernah membantu MPPJ muncul juara Piala Malaysia 2003 dan Selangor (2005) sentuhan dan pengalaman jurulatih berasal dari Melaka itu memberikan kelebihan buat Pahang khususnya dalam saingan musim ini.

Pengalaman Dollah beraksi di final Piala Malaysia semestinya dapat diturunkan kepada anak-anak buahnya dan kejayaan Dollah selaku jurulatih serta pemain pastinya ingin dicontohi anak didiknya.


PASANG STRATEGI

Kelebihan Dollah dapat menghidu kemampuan anak-anak buahnya dan ini terbukti apabila meletakkan Amirulhadi di bahagian tengah dan menyerlahkan kembali potensi membuatkan pemain itu juga dilihat bangkit pada musim ini selepas dilihat sedikit tenggelam.

Dollah yang juga sering kali menggunakan formasi 4-4-2 sememangnya menyedari penyerangnya, Matis Conti tidak boleh dibiarkan berseorangan dan digandingkan bersama Alex bagi memantapkan lagi jentera serangan pasukan itu.


PROFIL

Nama: Dollah Salleh
Tarikh Lahir: 23 Oktober 1963 (50 tahun)
Asal: Melaka
Karier sebagai pemain-Posisi : Penyerang
1985-86 (Johor)
1987-90(Selangor)
1991-96 (Pahang)
1997-(Melaka)
1998-(Negeri Sembilan)
Karier sebagai jurulatih -2003-2004-(Selangor MPPJ)
2005-2008 (Selangor)
2009-(Shahzan Muda)
Mei 2009- kini (Pahang)
Pencapaian:

Sebagai pemain, pernah membantu Pahang menjuarai piala liga pada 1992

Meraih pingat emas dalam temasya Sukan Asia Tenggara 1989 di Kuala Lumpur dan Pesta Bola Merdeka pada 1993 dan penampilan dalam edisi pertama Kejohanan Bola Sepak Asean 1996.

Sebagai jurulatih, membawa MPPJ muncul juara Piala Malaysia pada 2003 dan membawa MPPJ ke Liga Super selepas pasukan itu mengungguli Liga Perdana pada 2004.

Pada 2005, membantu Selangor menjulang tiga piala, Liga Perdana, Piala FA dan dan Piala Malaysia.


BOJAN Hodak adalah satu nama yang dilihat menjadi penyebab turun dan naik prestasi The Red Warriors musim ini namun beliau akan tetap dikenang selaku jurulatih pertama yang membawa pasukan itu merangkul kejuaraan tiga piala musim lalu.

Tentunya, penampilan pada musim ini cukup perbezaan dan jika Kelantan mampu mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia malam ini, ia menjadi ukuran kepada kemampuan Hodak secara keseluruhan, sekali gus penutup gemilang kepada jurulatih yang akan berhijrah meninggalkan Kelantan selepas pertandingan piala paling berprestij itu.


SERING WASPADA

Pengendali kelahiran Croatia itu merupakan seorang yang sangat berhati-hati dalam menjana taktikal pasukan, mempunyai kepakaran dalam mengekalkan kecergasan pemain semasa latihan dan perlawanan sebenar namun dilanda badai pertengahan musim angkara meredah jadual perlawanan yang padat dalam empat siri kejuaraan.

Mengharungi musim 2013, Hodak berdepan kekurangan rencah selepas pemergian Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Nurul Azwan Roya malah kemasukan Zairo Anuar Zalani dan Mohd Faiz Subri juga dikatakan tidak berjaya menutup kepincangan pasukannya.


TIDAK PANIK

Kehilangan Mohamed Ghaddar juga dilihat sebagai punca kegagalan untuk membentuk serangan yang lebih tajam apabila lebih suku musim dihabiskan dengan menajamkan semula Keita Mandjou, menyebabkan pasukannya‘lambat panas’ beraksi dalam liga domestik.


SUDAH TERBUKTI

Hodak dilihat seorang jurulatih yang sangat statik, susah untuk menekan butang panik apabila berdepan situasi sukar dan sangat berdisiplin dan mempercayai pemain sedia ada.

Apa pun, Hodak tetap dianggap jurulatih paling berjaya pernah membimbing Kelantan sejak berdekad-dekad lalu. Bukan mudah merangkul kejuaraan tiga piala dalam satu musim, tetapi beliau berjaya membuktikannya dalam tempoh kurang 10 bulan sejak menerajui Kelantan, 28 Februari tahun lalu.


PROFIL

Nama: Bojan Hodak
Tarikh lahir : 4 Mei 1971
Umur: 42 tahun
Asal: Belgrade, Croatia
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Junie Hodak Nee Tan
Anak: Seorang (Luka)

KARIER SELAKU PEMAIN
1987 – 1990 – NK Trnje
1990 – 1994 – NK Vrapce
1995 – NK Hrvatski Dragovoljac
1996 – NK Ponikve
1997 – Balestier Central FC
1998 – 1999 – Jurong FC
1999 – Hong Kong Rangers FC
2000 – 2001 – Jurong FC
2002 – NK Trnje

KELAYAKAN SELAKU JURULATIH
2004 – Lesen Kejurulatihan Bola Sepak Kelas A (UEFA)

KARIER SELAKU JURULATIH
2006 – 2009 – Ketua Jurulatih Perak UPB-MyTeam FC
2010 – 2011 – Ketua Jurulatih Phnom Penh Crown FC (Kemboja) (enam bulan)
2011 – 2012 – Penolong Jurulatih Shandong Luneng Taishan FC (China)
2012 – sekarang – Ketua Jurulatih Kelantan

PENCAPAIAN SELAKU JURULATIH
2007 – Naib Juara Liga Perdana Malaysia
2010 – 2011 – Naib Juara Piala Presiden AFC
2011 – 2012 – Juara Liga Simpanan CSL
                   – Naib Juara Piala FA China
                   – Kelima keseluruhan Liga Super China
2012 – Juara Liga Super Malaysia
        – Juara Piala FA
        – Juara Piala Malaysia
2013 – Juara Piala FA

Sumber-sinar HARIAN ONLINE 3 November 2013

Dollah akur kehebatan Sabah

ARKIB : 04/10/2003
ADA nada keyakinan pada Dollah Salleh bahawa pasukan bimbingannya, MPPJ Selangor mampu mengatasi Sabah pada perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia malam ini tetapi jurulatih itu tetap menganggap peluang mereka adalah 50-50.

Katanya, bukan mudah untuk mengatasi Sabah kerana skuad itu memiliki barisan pemain berpengalaman dan pernah dua kali bermain dalam perlawanan akhir Piala Malaysia berbanding MPPJ.

Begitupun, bekas penyerang kebangsaan itu seperti tidak mahu memandang kepada rekod dan statistik kerana kegagahan sebenar masing-masing adalah di atas padang.

``Memang mengikut rekod, Sabah masih mengatasi kami. Mereka juga sebuah pasukan yang berpengalaman dengan barisan pemain yang baik.

``Tetapi apa yang dapat saya katakan di sini ialah perlawanan akhir Piala Malaysia sesuatu yang jelas berbeza.

``Cuma kami akan bermain seperti biasa sebagaimana perlawanan peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Dalam aksi peringkat kumpulan, MPPJ dan Sabah diletakkan dalam satu kumpulan. Kedua-dua pasukan seri 1-1 di Petaling Jaya tetapi Sabah menang 1-0 di Likas untuk skuad itu muncul juara kumpulan dan MPPJ di tangga kedua.

Dollah berkata, MPPJ turun selaku pasukan underdog berbanding Sabah sebagai pasukan pilihan.

``Tetapi kita hanya akan tahu keputusannya sehingga wisel penamat,'' kata Dollah.

Jurulatih itu menganggap pemain import Keith Gumbs, Robert Gaspar dan K. Sanbagamaran antara pemain paling berbahaya dalam skuad Sabah.

``Saya telah aturkan strategi terbaik untuk mengekang mereka dan saya berharap pemain bermain seperti biasa,'' ujarnya.

Ditanya mengenai suasana perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti, Dollah percaya barisan anak buahnya mampu menyesuaikan diri.

``Kami tidak pernah menganggap kami bermain di tempat lawan. Semua gelanggang bagaikan tempat sendiri dan pemain tiada tekanan bermain di mana-mana.

``Kami ada penyokong sendiri dan kelebihan itulah yang membuat kami mampu mara sehingga ke peringkat ini (akhir),'' katanya

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4aLUgnFSt © Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 3 Mac 2017

Perlis belum sempurna – Dollah

Sumber-sinar harian online 14 JANUARI 2016 
Perlis belum sempurna – Dollah
Oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI
 
PARA pemain Perlis meraikan kejayaan mereka membelasah ATM 6-1 pada aksi pembuka tirai Liga Premier di Kangar malam kelmarin.

“MASIH terlalu awal untuk memperkatakan kemampuan Perlis, lagipun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.”

Demikian tegas ketua jurulatih Perlis, Dollah Salleh yang enggan mendabik dada dengan kemenangan bergaya pada perlawanan pembukaan Liga Premier musim 2016 selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 6-1, di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar kelmarin.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Dollah berpendapat bahawa anak-anak buah­nya bernasib baik kerana pasukan lawan masih lagi memikirkan beberapa ‘masalah dalaman’ yang dihadapi mereka ketika ini, namun menegaskan masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dalam misi menjuarai liga musim ini.

“Secara peribadi, saya terkejut dengan persembahan menarik yang ditonjolkan oleh anak-anak buahnya terutama pada babak pertama. Namun, saya anggap kami sekadar bernasib baik atas faktor pasukan lawan mempunyai masalah dalaman selain beraksi di ge­langgang sendiri.

“Bagaimanapun, saya ingin menjelaskan aksi yang kami pamerkan pada perlawanan itu masih banyak kelemahan dan belum sempurna lagi,” kata Dollah ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad yang mendapat jolokan Singa Utara itu mudah meledak enam gol pada separuh masa pertama menerusi Obinna Nwaneri, Mohd. Alafi Mahmud, Kayne Vincent (dua gol), Mohd. Afif Amiruddin dan Sadam Hashim sebelum pasukan The Gladiators mendapat gol saguhati pada babak kedua menerusi Mohd. Zaironi Yusof.

Dalam pada itu, Dollah memuji persembahan yang dipersembahkan oleh Vincent dan menjelaskan aksi seperti itulah yang diharapkan oleh­nya dan para penyokong dari bekas penyerang kelab Thailand, Buriram United itu.

“Dia beraksi dengan baik ketika sesi latihan pra-musim sebelum ini dan kini dia berjaya membuktikan yang mana dia tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan liga ini,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, pengendali berusia 53 tahun itu mahu anak buahnya kekal fokus kerana perjalanan liga baru sahaja bermula dan memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya menentang UiTM FC, malam esok.

“Saya harap keputusan yang dicatatkan pada malam kelmarin bakal memberi ‘batu lonca­tan’ kepada para pemain untuk beraksi dengan lebih cemerlang pada perlawanan kedua menentang UiTM FC.

“Meskipun beraksi di laman sendiri, saya tidak mahu anak buah memandang rendah kepada pasukan itu berdasarkan mereka turut mencatatkan keputusan yang memberangsangkan pada perlawanan pertama lalu,” katanya.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Raja Isa Raja Akram Shah berjaya menundukkan salah sebuah pasukan pilihan, Sabah 4-1, pada perlawanan pembuka tirai Liga Premier di Stadium UiTM, Shah Alam kelmarin.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4aJngcIcJ Hakcipta terpelihara