Astro Arena |
Diterbitkan pada Januari 06, 2016 10:37 MYT
Facebook
Twitter Email Google
whatsapp icon
Dollah Salleh tidak cemburu dengan Zainal Abidin
Hassan
DOLLAH: Inilah cabaran yang saya cari...untuk
menjadikan Perlis sebagai pasukan yang disegani semula.
Ketua Jurulatih baharu Perlis, Dollah Salleh
menyifatkan cabaran menaikkan semula pasukannya lebih memuaskan berbanding
menduduki kerusi panas pasukan besar seperti rakannya iaitu pengendali
Selangor, Zainal Abidin Hassan.
Menurut laporan Bernama, Dollah tidak ada sebarang
perasaan cemburu terhadap Zainal Abidin yang akhirnya dilantik sebagai ketua
jurulatih baharu bagi juara Piala Malaysia 2015 itu.
"Saya tidak cemburu atau terasa kerana memilih
Perlis yang kerdil dan serba kekurangan," kata Dollah.
Sementara itu, Dollah mengharapkan para penyokong
skuad Singa Utara mula memenuhkan kekosongan di Stadium Tuanku Syed Putra namun
sedar dia perlu membuktikan dirinya kepada mereka terlebih dahulu.
"Saya sedar banyak perkara dan kerja keras
perlu dilakukan untuk membina pasukan ini agar peminat dan penyokong tegar
Singa Utara kembali menyokong kami.
"Tapi inilah yang saya cari iaitu cabaran untuk
menjadikan Perlis sebagai pasukan yang disegani semula," kata bekas
jurulatih kebangsaan itu," tambahnya.
Bagi saingan Liga Perdana 2016, pasukan Perlis
diperkuatkan kehadiran bekas pemain kebangsaan, Mohd Afif Amiruddin dan empat
pemain import dari Afrika iaitu Gregory Junior Nwokolo, Obinna Nwaneri,
Mohamadou Sumareh dan Edward Junior Wilson.
Manakala tiga bekas pemain PDRM iaitu Alafi Mahmud,
V Thirumuragan, Fauzi Majid dan Saiful Amar Sudar turut menyertai skuad Dollah
Sumber-http://www.astroawani.com/berita-sukan/dollah-salleh-tidak-cemburu-dengan-zainal-abidin-hassan-88239
Tiada ulasan:
Catat Ulasan