ARKIB : 11/04/2008
PETALING JAYA - Persatuan Bola
Sepak Selangor (FAS) didenda RM20,000 dan tiga mata pasukan itu dalam Liga
Super dipotong selepas didapati bersalah berhubung kes empat pemainnya pulang
awal pada sesi akhir klinik bola sepak Ian Rush pada 26 Mac lalu, lapor SAYED
HESHAM IDRIS.
Selain itu, jurulatihnya,
Dollah Salleh didenda RM10,000 manakala empat pemain terlibat iaitu Akmal Rizal
Rakhli, Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin dan Amirulhadi Zainal masing-masing
didenda RM1,000.
Pengerusi Jawatankuasa
Tataterib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat berkata,
jawatankuasa itu mendapati FAS bersalah memanggil balik keempat-empat pemain
tersebut tanpa kebenaran.
Katanya, jurulatih yang
bertindak melindungi pemain dengan memanggil mereka pulang, jelas tidak
menghormati FAM.
''FAM terpaksa bertindak tegas
mengenakan hukuman ini, jika tidak, kewibawaan FAM akan dipertikai dan FAS juga
diberi amaran keras,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
itu di Wisma FAM di sini, semalam.
Dollah dan keempat-empat pemain
terlibat hadir pada mesyuarat tersebut.
Mengenai hukuman pemotongan
mata pasukan Selangor dalam Liga Super sedangkan kesalahan yang dilakukan oleh
pemain kerana mahu menumpukan aksi Piala FA, Aseh berkata, hukuman tersebut
mengikut peraturan.
Jelasnya, berdasarkan
peraturan, pasukan wajib melepaskan pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad
kebangsaan atau lain-lain program kelolaan FAM.
Katanya, mana-mana pasukan yang
bersalah melanggar peraturan dikenakan denda maksimum RM50,000 dan tiga mata
dalam Liga Malaysia dipotong.
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4yrvHsuDQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan