ARKIB : 14/02/2008
Oleh FERZALFIE FAUZI
KUALA LUMPUR Jurulatih
Selangor, Dollah Salleh gembira dengan semangat juang anak- anak buahnya ketika
menewaskan Perak 4-1 dalam saingan bola sepak Liga Super, kelmarin.
Menurut Dollah, semua pemain
beraksi dengan baik di Stadium Ipoh, baik daripada pemain pertahanan mahupun
penyerang.
Saya sudah melihat semangat
yang dipamerkan pemain tiga hari sebelum perlawanan iaitu ketika dalam latihan,
mereka menunjukkan semangat yang jitu sepanjang latihan tersebut, kata Dollah
ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Jelasnya, pemain membuktikan
usaha keras mereka dalam latihan sebelum ini bukan sia-sia apabila mempamerkan
permainan mantap dalam perlawanan menentang skuad Seladang dan melupakan
kekalahan yang dialami sebelum ini.
Mereka bukan memberikan aksi
100 peratus sebaliknya 150 peratus dengan semua pemain memainkan peranan
penting dalam perlawanan tersebut dan ia cukup membanggakan saya.
Semua pemain menunjukkan
semangat berpasukan yang tinggi, sama-sama bertahan dan sama-sama menyerang
dari awal perlawanan hingga ke tempoh 90 minit, kata Dollah.
Sementara itu, Elie Aiboy juga
mempamerkan permainan yang menarik dengan hasil kerjasama bersama rakan pemain
yang lain.
Dia (Elie) sentiasa
memberikan tekanan kepada pihak lawan dengan larian pantas dan gerakan yang
sering mengkucar-kacir pemain pertahanan Perak, kata Dollah.
Selangor mengumpul 26 mata,
hanya dipisahkan dua mata dengan pendahulu liga Kedah yang tidak bermain
semalam, manakala Perak pula berada di tangga ketiga dengan mengumpul 24 mata.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4yh1ETBWH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan