ARKIB : 03/06/2008
KUALA TERENGGANU - Selangor
mahu meneruskan rentak cemerlangnya apabila berdepan Perlis pada suku akhir
bola sepak Sukan Malaysia XII, hari ini.
Selangor muncul juara Kumpulan
B dengan sembilan mata, memegang dua rekod pada saingan peringkat kumpulan
iaitu pasukan paling banyak menjaringkan gol dengan enam jaringan dan pasukan
tunggal yang belum lagi melepaskan gol.
Rekod terbaik pasukan itu kali
terakhir menduduki tempat keempat di Sukma X 2004 Negeri Sembilan, namun kali
ini menyasarkan aksi ke pentas final selepas muncul juara kumpulan dengan
menewaskan Kedah 1-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan, kelmarin.
Jurulatih Selangor, Dollah
Salleh berkata, Selangor akan memberikan yang terbaik apabila bertemu Perlis
dan menganggap naib juara Kumpulan C itu sebagai pasukan yang mempunyai
kemampuan tersendiri.
Jelasnya, para pemain sudah
bersedia untuk meneruskan aksi terbaik apatah lagi selepas menewaskan Kedah
1-0, malam kelmarin.
"Saya sifatkan perlawanan
dengan Kedah sebagai paling sengit dan persembahan terbaik Selangor dengan
corak permainan pantas dan keupayaan menyekat serangan bertali arus Kedah
terutama pada babak kedua.
"Saya yakin jika pemain
meneruskan permainan seperti ini (kelmarin), kita mampu melepasi peringkat suku
akhir esok (hari ini)," katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4zYBVBx3e
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan