Jumaat, 6 Disember 2019

Dollah kumpul semula pemain 23 Ogos ini


MyMetroNode

Petaling Jaya: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yakin insiden pemain tidak menyahut panggilan skuad kebangsaan tidak berulang apabila jurulatih Dollah Salleh bakal mengumpul pemain pada 23 Ogos ini sebagai persediaan menghadapi aksi persahabatan antarabangsa menentang Bangladesh di Stadium Shah Alam.
            
Ini kerana beliau membayangkan Dollah akan melakukan rombakan dalam barisan pemainnya dengan hanya memanggil pemain yang boleh memberikan komitmen jitu untuk perlawanan berstatus A itu pada 29 Ogos sebelum mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

“Kita akan menentang Bangladesh untuk aksi kategori A di Stadium Shah Alam sebelum pergi ke UAE (Emiriah Arab Bersatu) pada 30 Ogos dan kemudian menentang Arab Saudi di Shah Alam bagi perlawanan kelayakan.

“Sebelum itu kita akan adakan latihan pusat pada 23 Ogos, sehari selepas perlawanan terakhir Liga Super. Saingan liga akan berehat 15 hari sehingga perlawanan terakhir dengan Arab Saudi sebelum kempen Piala Malaysia bermula.

“Saya kira kali ini tidak akan terjadi (pemain tidak hadir latihan pusat. Mereka patut tahu wajib untuk semua panggilan pasukan kebangsaan. Tidak ada alasan, melainkan pemain itu cedera atau mempunyai alasan lain kukuh yang boleh diterima,” kata Hamidin ketika ditemui pemberita pada majlis pengumuman penganjuran Trofi Juara-Juara Asia (ACT) edisi ketiga semalam.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 9:40 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan