MyMetroNode
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kelana Jaya: Tanpa ramai pemain
tonggak, pengendali Dollah Salleh tidak berani mempertaruhkan ‘skuad tempang’
bagi aksi persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur
pada 27 Mei ini di Stadium Shah Alam apabila menagih kudrat lima pemain import
untuk memperkuat skuad Pilihan Malaysia.
Pada awalnya, jurulatih Harimau
Malaya itu mahu menurunkan 100 peratus pemain tempatan sebagai persediaan
pasukan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 pada Jun
walaupun mendapat bantahan daripada Ultras Malaya yang tidak mahu skuad
kebangsaan beraksi dalam perlawanan ‘sarkas’.
Namun Dollah akur terpaksa
mengubah pendirian dengan menggunakan khidmat pemain import Liga M selepas
hampir separuh pemain pasukannya tidak dapat bermain.
Ini kerana 12 pemain kebangsaan
daripada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) masih mempunyai tugasan dalam kempen
Piala AFC serta empat pemain Pahang jika skuad Tok Gajah itu turut layak ke
pusingan kalah mati.
“Saya terpaksa, memang pada
mulanya saya mahu gunakan semua pemain tempatan bagi persiapan pusingan
kelayakan kerana bukan senang untuk membentuk pasukan. Tapi dengan keadaan
sekarang ini saya sendiri meminta kebenaran Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan
Ahmad Shah menggunakan pemain import.
Dapatkan akhbar Harian Metro
untuk berita selanjutnya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 6 Mei 2015 @ 7:11 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan