Sukan
Jumaat, 19
Disember 2014 | 4:51pm
Piala AFF:
Dollah mahu sekat impian Kiatisuk
Mohd Fitrie
Muhamad
mfitrie@bh.com.my
DOLLAH Salleh
(kiri) bersama ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang ketika sidang media
final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di sini, hari ini. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR:
Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh yakin faktor penyokong akan membantu
pasukan mencipta kejutan ke atas Thailand dalam aksi final kedua, Piala AFF
Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Dalam aksi
pertama di Bangkok, Rabu lalu, Malaysia tewas 2-0 sekali gus menyukarkan impian
negara menjulang trofi itu buat kali kedua.
"Saya
amat harap penyokong kita dapat bantu beri motivasi tambahan kepada setiap
pemain negara.
"Kita
juga harus guna kelebihan gelanggang sendiri untuk cuba kejutan Thailand kali
ini.
"Saya
mahu sekat impian Kiatisuk Senamuang untuk menjulang trofi ini sebagai
jurulatih," kata Dollah pada sidang media, di sini, hari ini.
Dollah turut
menyuarakan betapa dia bakal membuat sedikit rombakan dalam dalam kesebelasan
utama selepas pemain berpengalaman, Indra Putra Mahayuddinterpaksa disisihkan
berikutan kecederaan pada kaki kirinya.
Skuad Harimau
Malaya muncul juara edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal manakala
Thailand menjuarai kejohanan berkenaan pada 1996, 2000 dan 2002.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan