ARKIB : 05/11/1998
KECEDERAAN Dollah Salleh diharap akan pulih secepat
mungkin bagi membolehkan beliau berganding bahu dengan Zami Mohd. Noor untuk
beraksi menentang Kuala Lumpur pada pertandingan bola sepak Piala Malaysia,
Sabtu ini, lapor MEOR HARMAN MEOR SHAKRI.
Pengurus Pasukan Negeri Sembilan, Jamaluddin Ahmad
berkata, penyerang berpengalaman itu mengalami kecederaan kaki kanan pada minit
ke-42 sejurus menjaringkan gol kedua Rusa ketika skuad itu menentang pasukan
Kedah di Alor Setar, semalam.
Katanya, kehadiran Dollah dalam kesebelasan utama
skuad Rusa amat dinantikan oleh peminat bola sepak negeri termasuk pemain yang
lain berikutan kombinasi kedua-dua pemain itu yang kini ternyata serasi dan
menggerunkan pihak lawan.
Menurutnya, peningkatan persembahan yang dipamerkan
oleh skuad Rusa tambah menyakinkan potensi Negeri Sembilan untuk menempah tiket
ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.
''Kita berharap Dollah bersedia untuk beraksi pada
Sabtu ini dan perlawanan pasti rancak,'' katanya di Seremban, semalam.
Pada perlawanan semalam, Negeri Sembilan menewaskan
Kedah 3-2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan