Sukan
Khamis, 19
Januari 2017 | 3:23pm
Oleh Asrol
Awang
bhsukan@bh.com.my
DOLLAH Salleh.
-Foto NSTP
KUANTAN:
Pemain tengah Pahang, Joseph Kallang Tie, percaya Dollah Salleh yang juga bekas
jurulatih kebangsaan mampu menyuntik kebangkitan skuad itu bagi menghadapi
saingan Liga Malaysia musim ini.
Bekas pemain
Sarawak dan Terengganu itu berkata, pengalaman dimiliki bekas pemain kebangsaan
itu bakal meletakkan Pahang yang pernah menjulang Piala Malaysia pada musim
2013 dan 2014 pada kedudukan terbaik.
Katanya, fokus
utama semua pemain adalah memberi tumpuan pada setiap perlawanan dan mengikut
setiap arahan serta percaturan dilakukan jurulatih.
"Buat
masa ini saya dan rakan sepasukan lain sedang berusaha membentuk persefahaman
antara kami.
"Sejak
menjalani latihan bersama bulan lalu, sudah ada peningkatan ditunjukkan dan
diharapkan persefahaman ini bertambah mantap lagi apabila liga bermula nanti.
"Saya
percaya Pahang mampu melangkah lebih jauh musim ini...apatah lagi diperkuatkan
dengan pemain import yang sangat berkemahiran tinggi," katanya.
Mengulas
penghijrahan ke Pahang musim ini, dia berkata keputusan itu dibuat bukan
sekadar untuk menimba pengalaman baru, tetapi ia lebih kepada membantu skuad
Tok Gajah mencatat keputusan membanggakan musim ini.
Katanya,
bukannya pencapaian individu yang menjadi sasarannya ketika ini, tapi
sebaliknya lebih kepada kepuasan untuk membantu Persatuan Bola sepak Negeri
Pahang (PBNP) membentuk pasukan disegani.
"Sebagai
pemain tengah, saya tidak letak sasaran (jaringan) musim ini kerana fokus utama
adalah strategi dan kerjasama berkumpulan dalam meraih kemenangan," kata
pemain kelahiran Miri, Sarawak itu.
Pahang
memulakan aksi pertama Liga Super bertemu Perak yang juga bekas juara Piala
Malaysia musim 2000 di Stadium Perak, jam 9 malam Sabtu ini.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Khamis, 19 Januari 2017 | 3:23pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan