Khamis, 28 November 2019

FAM bertindak tepat lantik Dollah bimbing Harimau Malaya


Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
sukan@utusan.com.my
Khairy Jamaluddin (barisan kedua, tiga dari kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh (lima dari kiri), Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkeples Embong (dua dari kiri) dan Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama pasukan Piala Thomas negara pada majlis panyampaian Shakam dan berbuka puasa bersama atlet negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan tahniah sambil menaruh harapan tinggi kepada Dollah Salleh atas pelantikannya sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak negara pada 28 Jun lalu.

Beliau turut bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai pelantikan itu, sekali gus menolak khidmat jurulatih asing yang dianggapnya tidak berbaloi dengan kemampuan pemain negara sedia ada.

"Kalau itulah keputusan FAM, saya ucapkan tahniah buat Dollah dan menaruh harapan tinggi kepada beliau.

"Saya setuju FAM lantik jurulatih tempatan dan tidak berapa setuju kalau cari jurulatih luar negara sebab saya rasa tidak berbaloi dengan skuad kebangsaan yang sedia ada.

"Memadailah kita gunakan khidmat jurulatih tempatan dan beliau akhirnya boleh buat persiapan rapi untuk menghadapi Kejohanan AFF (November ini)," katanya selepas majlis penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada skuad naib juara badminton Piala Thomas di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.

Skuad Piala Thomas yang dibarisi oleh Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Liew Darren, Goh Soon Huat, Tan Boon Heong, Hoon Thien How, Tan Wee Kiong, Goh V Shem, Lim Khim Wah dan Chang Peng Soon menerima ganjaran Shakam sebanyak RM8,000 seorang atau keseluruhannya, RM80,000.

Bagi barisan jurulatih, Rashid Sidek, Tey Seu Bock, Pang Cheh Chang dan Jeremy Gan, mereka menikmati RM16,000 di bawah Skim Galakan Jurulatih (SGAR) dan RM8,000 buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di bawah Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (Sikap).

"Walaupun naib juara, kita tidak lupa untuk berikan insentif dengan harapan mereka dapat melakukan yang lebih baik dalam Sukan Komanwel Glasgow (akhir bulan ini) dan Sukan Asia Incheon (September)," kata Khairy.

Sementara itu, ketua jurulatih negara, Rashid berkata, mereka akan cuba memenangi empat pingat emas Sukan Komanwel untuk mengatasi sasaran dua emas oleh MSN iaitu menerusi perseorangan lelaki (Chong Wei) dan berpasukan campuran.

"Memang saya tahu sukar dapatkan empat emas malah MSN cuma sasar dua emas tetapi kalau boleh, nak lebih daripada itu termasuk menerusi beregu lelaki dan beregu campuran," katanya.

Bagi Sukan Asia katanya, persaingan di Incheon bakal mirip Piala Thomas dengan kehadiran Indonesia, Jepun, China dan Korea Selatan.

"Saingan ini memang yang pa-ling sengit dan macam main Piala Thomas. Sebelum ini (Guangzhou 2010) kita juga kalah suku akhir berpasukan dan Chong Wei hanya dapat perak individu," katanya.
RUJUKAN-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140702/su_02/FAM-bertindak-tepat-lantik-Dollah-bimbing-Harimau-Malaya#ixzz36Il7OqDv © Utusan Melayu (M) Bhd


Isnin, 25 November 2019

1986- PERLAWANAN AKHIR PESTABOLA MERDEKA


PEMAIN MALAYSIA
01 R.ARUMUGAM
02 P.DHARMALINGHAM
03 SERBEGETH SINGH
05 KAMARULZAMAN YUSOFF
06 MOHD RAZIF ISMAIL
08 AHMAD YUSOFF
09 DOLLAH SALLEH
10 ZAINAL ABIDIN HASSAN
15 WONG HUNG NUNG
16 KHAN HUNG MENG
18 NASIR YUSUFF
PEMAIN SIMPANAN
21 ONG YU TIANG
13 IBRAHIM SAAD
07 SAIDIN OSMAN
14 AZAHAR SHARIF
17 NASIR MOHD NOOR

Ahad, 24 November 2019

PENJARING GOLPAHANG 1993


12     Jose Iriarte                                                                                                                 
6       Dollah Salleh                                                                                                                       
5       Zainal Abidin                                                                                                                       
2       Anas Ismail                                                                                                               
2       Mubin Mokhtar                                                                                                                    
1       Shahdan Zahari                                                                                                                    
1       Osaimi Jalil                                                                                                               
1       Michael Petersen                                                                                                                 
1       Salahuddin C.Rose                                                                                                               
1       Azizul Kamaludin                                                                                                                


LIGA M 1993.


PEMAIN TERBAIK TEMPATAN
  1. AZIZOL ABU HANIFAH –PERAK 7132.
  2. CHONG KIM BOON – PERAK – 6830
  3. SHAMSURIN RAHMAN – SARAWAK – 6710
  4. RADHI MD. DIN- KEDAH – 6704
  5. LEE THEAN EWE- 6625 -KEDAH
  6. KHAIRUL AZMAN MOHAMMAD – PAHANG – 6625.
  7. DOLLAH SALLEH – PAHANG 6625.
  8. NASIR YUSOF – 6590. JOHOR.
  9. AZIZ AZIZAN – 6570 PULAU PINANG
  10. MD NIZAM ADHA YUSOF – 6555


Sabtu, 16 November 2019

Dollah terpikat aksi Gary dan Brendan


Sukan
Khamis, 18 September 2014 | 5:00pm
 
KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh ketika sesi latihan persiapan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kemboja pada Sabtu ini.
Dollah terpikat aksi Gary dan Brendan
INCHEON: Ketua jurulatih kebangsaan Dollah Salleh berkemungkinan besar akan menggunakan khidmat pemain tengah Harimau Muda, Gary Steven Robbot dan pertahanan Brendan Gan bagi membantu Harimau Malaya menghadapi cabaran Piala Suzuki AFF 2014 di Singapura dan Vietnam dari 22 November hingga 20 Disember ini.

Beliau mengakui terpikat dengan corak permainan kedua-dua pemain yang dilihat menonjol pada aksi perlawanan kedua peringkat Kumpulan A ketika Malaysia menentang Laos di Stadium Ansan Wa pada Temasya Sukan Asia ke-17 di sini semalam.

Skuad Bawah 23 tahun negara berjaya mengutip tiga mata pertama selepas mengalahkan Laos 4-0 dan akan melengkapkan jadual perlawanan kumpulan menentang Arab Saudi pada Ahad ini bagi memperoleh slot ke suku akhir, 20 September ini.

"Saya dapat melihat perubahan besar pada pasukan Bawah 23 negara semalam selepas Gary dibawa masuk oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee dengan Malaysia mula menjaringkan tiga gol selepas itu," katanya kepada Bernama di perkampungan atlet di sini hari ini.

Beliau berkata nama dua pemain iaitu kapten pasukan Harimau Muda, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan pemain pertahanan Mohamad Fadhli Mohd Shah telah didaftar dalam sistem pemain yang akan beraksi di cabaran AFF nanti.

"Kita mempunyai ramai pemain tengah berbakat namun sukar untuk mendapatkan pemain di jentera serangan dan saya perlu berhati-hati dalam membuat keputusan dalam pengambilan pemain," kata Dollah.

Beliau berkata sudah pun memasukkan nama 22 pemain dalam sistem pendaftaran pemain dan hanya akan mengumumkan senarai akhir selepas perlawanan amal persahabatan menentang Terengganu pada 24 September ini di Kuala Terengganu.

Pada AFF Suzuki 2014, Malaysia bakal menghadapi cabaran getir apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Singapura yang juga juara bertahan selain juara tiga kali Thailand.

Sebagai rekod, Singapura adalah pemenang terbanyak kejohanan sebanyak empat kali (1998 dan 2004 - ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger), 2007 dan 2012 selain Thailand sebanyak tiga kali (pada 1996, 2000 dan 2002).

Malaysia pula meraih kejuaraan sulung pada 2010 yang dihoskan Indonesia dan Vietnam selain pernah muncul naib juara pada 1996 selepas kalah 0-1 kepada Thailand. – BERNAMA.[i]


[i]https://www.bharian.com.my/node/49790        

Kejayaan Harimau Malaya ke final bukti magis Dollah Salleh berbisa


Sukan
Ahad, 21 Disember 2014 | 7:42pm
Kejayaan Harimau Malaya ke final bukti magis Dollah Salleh berbisa
DOLLAH Salleh memberikan arahan kepada pemain ketika aksi final Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia mara ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang melabuhkan tirai di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi, membuktikan Dollah Salleh mempunyai 'sentuhan ajaib' dalam membawa skuad negara melangkah lebih jauh.
                   
Dollah yang mula mengambil alih 'kerusi panas' itu daripada Datuk K Rajagobal pada Julai lalu, melakar kejayaan dengan membawa skuad Harimau Malaya layak ke final walaupun banyak pihak meragui kemampuan beliau membentuk pasukan mantap dalam tempoh singkat.

Skuad itu yang hanya sempat berkumpul bagi sesi latihan pusat selama dua bulan, membuktikan kemampuan dengan mara ke final sebelum kalah dengan agregat 3-4 kepada juara tiga kali, Thailand.

Malaysia menang 3-2 ke atas Thailand pada aksi timbal balik malam tadi, namun gagal meraih kejuaraan kedua selepas 2010, berikutan kekalahan 0-2 pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lalu.

Untuk rekod, Malaysia meraih kejuaraan sulung Piala AFF pada 2010 di bawah Rajagobal menerusi agregat 4-2 ke atas Indonesia.

Kehadiran lebih 90,000 penyokong pada aksi timbal balik malam tadi wajar diberi pujian kerana mereka masih percaya dengan corak taktikal Dollah walaupun sebelum ini, beliau dikritik kerana sering membariskan beberapa pemain berusia dalam perlawanan peringkat kumpulan B yang berlangsung di Singapura dari 23 hingga 29 November lalu.

Mengimbau perjalanan skuad Harimau Malaya dalam kejohanan edisi ke-10 itu, mereka bermula dengan langkah sumbang selepas seri tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan kumpulan B di Stadium Jalan Besar, Singapura, 23 November lalu sebelum kalah 2-3 kepada Thailand di venue sama tiga hari kemudian.

Dollah bijak mencatur strategi dengan mempertaruhkan pemain veteran seperti Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Badhri Mohd Radzi pada aksi terakhir menentang Singapura di Stadium Nasional Kallang, 29 November lalu yang menyaksikan Malaysia mara ke separuh akhir menerusi kemenangan bergaya 3-1.

Pengendali kelahiran Melaka itu sekali lagi membuktikan sentuhan beliau menjadi apabila Malaysia menundukkan Vietnam dengan agregat 5-4 pada saingan separuh akhir untuk mara ke final.

Skuad Harimau Malaya yang kalah 1-2 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu, bangkit melakar kemenangan bergaya 4-2 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.

Kapten pasukan, Muhammad Shukor Adan yang ditemui pemberita selepas final kedua malam tadi, menyifatkan Dollah mempunyai sentuhan berbisa dan yakin jurulatih itu mampu membimbing pasukan negara meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

"Sebelum kejohanan bermula, ramai pihak memandang rendah kemampuan Dollah serta pemain senior yang ada dalam skuad ini tapi akhirnya, kami buktikan kepada mereka kami berjaya ke final.

"Beri peluang kepada Dollah untuk merealisasikan harapan rakyat Malaysia bagi menaikkan mutu bola sepak negara. Apa yang Dollah buat pada perlawanan ini serta perlawanan terdahulu, kita harus hargai," kata pemain berusia 35 tahun itu yang membuat penampilan terakhir bersama skuad kebangsaan malam tadi.

Bekas pemain kebangsaan era 70-an, Bakri Ibni turut bangga dengan kejayaan Dollah yang berjaya meningkatkan mutu persembahan skuad Harimau Malaya walaupun diberi tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan itu.

Beliau bagaimanapun menggesa pemain skuad Harimau Malaya supaya mengubah mentaliti dengan memberi fokus lebih jauh, iaitu beraksi di kejohanan benua Asia.

"Saya cukup bangga dengan kejayaan Dollah yang berjaya meningkatkan prestasi pemain ke tahap yang boleh dipuji namun kejayaan sebenar adalah apabila kita dijemput beraksi menentang jaguh bola sepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan tidak kira dalam perlawanan persahabatan atau kejohanan Asia.

"Kita sepatutnya berada sebaris dengan mereka sebagaimana yang pernah dilakukan bekas pemain pada era kegemilangan bola sepak negara sekitar 60-an dan 70-an," jelas bekas pengendali pasukan Perlis itu.

Piala AFF Suzuki 2016 yang dianjurkan bersama Filipina dan Myanmar, bakal menjadi medan terbaik kepada Dollah, andai dikekalkan sebagai jurulatih, bagi menebus kekecewaan skuad Harimau Malaya dan jutaan rakyat Malaysia, malam tadi.

- BERNAMA.[1]


[1]  https://www.bharian.com.my/node/49790    

Piala AFF: Dollah mahu sekat impian Kiatisuk


Sukan
Jumaat, 19 Disember 2014 | 4:51pm
Piala AFF: Dollah mahu sekat impian Kiatisuk
Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
 
DOLLAH Salleh (kiri) bersama ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang ketika sidang media final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di sini, hari ini. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh yakin faktor penyokong akan membantu pasukan mencipta kejutan ke atas Thailand dalam aksi final kedua, Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Dalam aksi pertama di Bangkok, Rabu lalu, Malaysia tewas 2-0 sekali gus menyukarkan impian negara menjulang trofi itu buat kali kedua.

"Saya amat harap penyokong kita dapat bantu beri motivasi tambahan kepada setiap pemain negara.

"Kita juga harus guna kelebihan gelanggang sendiri untuk cuba kejutan Thailand kali ini.

"Saya mahu sekat impian Kiatisuk Senamuang untuk menjulang trofi ini sebagai jurulatih," kata Dollah pada sidang media, di sini, hari ini.

Dollah turut menyuarakan betapa dia bakal membuat sedikit rombakan dalam dalam kesebelasan utama selepas pemain berpengalaman, Indra Putra Mahayuddinterpaksa disisihkan berikutan kecederaan pada kaki kirinya.

Skuad Harimau Malaya muncul juara edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal manakala Thailand menjuarai kejohanan berkenaan pada 1996, 2000 dan 2002.[i]


[i] [i]https://www.bharian.com.my/node/49790

Joseph yakin kemampuan Dollah Salleh


Sukan
Khamis, 19 Januari 2017 | 3:23pm
Oleh Asrol Awang
bhsukan@bh.com.my
 
DOLLAH Salleh. -Foto NSTP
KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Joseph Kallang Tie, percaya Dollah Salleh yang juga bekas jurulatih kebangsaan mampu menyuntik kebangkitan skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Bekas pemain Sarawak dan Terengganu itu berkata, pengalaman dimiliki bekas pemain kebangsaan itu bakal meletakkan Pahang yang pernah menjulang Piala Malaysia pada musim 2013 dan 2014 pada kedudukan terbaik.

Katanya, fokus utama semua pemain adalah memberi tumpuan pada setiap perlawanan dan mengikut setiap arahan serta percaturan dilakukan jurulatih.

"Buat masa ini saya dan rakan sepasukan lain sedang berusaha membentuk persefahaman antara kami.

"Sejak menjalani latihan bersama bulan lalu, sudah ada peningkatan ditunjukkan dan diharapkan persefahaman ini bertambah mantap lagi apabila liga bermula nanti.

"Saya percaya Pahang mampu melangkah lebih jauh musim ini...apatah lagi diperkuatkan dengan pemain import yang sangat berkemahiran tinggi," katanya.

Mengulas penghijrahan ke Pahang musim ini, dia berkata keputusan itu dibuat bukan sekadar untuk menimba pengalaman baru, tetapi ia lebih kepada membantu skuad Tok Gajah mencatat keputusan membanggakan musim ini.

Katanya, bukannya pencapaian individu yang menjadi sasarannya ketika ini, tapi sebaliknya lebih kepada kepuasan untuk membantu Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) membentuk pasukan disegani.

"Sebagai pemain tengah, saya tidak letak sasaran (jaringan) musim ini kerana fokus utama adalah strategi dan kerjasama berkumpulan dalam meraih kemenangan," kata pemain kelahiran Miri, Sarawak itu.

Pahang memulakan aksi pertama Liga Super bertemu Perak yang juga bekas juara Piala Malaysia musim 2000 di Stadium Perak, jam 9 malam Sabtu ini.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 19 Januari 2017 | 3:23pm

Khamis, 14 November 2019

Dollah mahu pulih maruah Pahang (2011)


KUALA LUMPUR - Mahu pulihkan maruah yang tercalar! Itu harapan jurulatih skuad Tok Gajah, Dollah Salleh yang meletakkan sasaran mahu membawa Pahang kembali ke kancah saingan Liga Super pada musim 2013.

Biarpun tidak dibarisi pemain berstatus bintang, Dollah melaungkan amaran kepada pencabar Liga Perdana lain bahawa skuad pada tahun ini antara yang terbaik dikendalikannya sepanjang bersama Pahang tiga tahun lalu.

Tambah bekas pemain Pahang dan Selangor pada era 90-an itu, lima pemain yang dibawa masuk dari pasukan Shahzan Muda bakal menjadi senjata rahsia Pahang dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana pada musim ini.

"Selepas gagal mempertahankan kedudukan dalam Liga Super musim lalu, saya mahu memulihkan kembali maruah pasukan Pahang yang tercalar dengan menjadi antara pencabar utama kejuaraan Liga Perdana.

"Walaupun tiada pemain ternama dalam pasukan ini, tetapi dengan beberapa muka baru yang dibawa masuk terutama lima bekas pemain Shahzan Muda, saya lihat skuad ini menampakkan perubahan besar dan paling mantap sepanjang saya jadi jurulatih Pahang.

"Kehadiran lima pemain Shahzan banyak memberikan peningkatan dalam pasukan yang saya sedang bentuk sekarang dan kehebatan mereka terbukti dengan membawa Pahang melangkah ke Piala Emas Raja-Raja.

"Selain mereka berlima, enam lagi pemain turut membantu Pahang dalam saingan Piala Emas Raja-Raja yang menjadikan 11 pemain semuanya, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Lima pemain Shahzan Muda yang dimaksudkan ialah Mohd. Fauzi Roslan dan Mohd. Hafiz Kamal yang bermain pada posisi penyerang selain Khairul Azwan Awang Long di bahagian pertahanan.

Manakala dua lagi pemain, Abdul Wafiy Abdul Ghafar dan Mohd. Hazuan Mohd. Daud bermain di bahagian tengah.

Menurut Dollah, walaupun sedar laluan berliku yang akan ditempuh pada musim ini dengan kehadiran 'Manchester City' Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilimpahi ramai pemain bintang selain satu lagi pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC, dia tidak gentar.

"ATM melakukan persiapan agak rapi dengan membawa masuk ramai pemain berstatus bintang tetapi saya yakin kami mampu bagi saingan," katanya.

Bagi memperkuatkan cabaran Pahang, Dollah berharap khidmat seorang lagi pemain import, Sergey Ivanov dari Rusia bakal mendapat pelepasan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) walaupun sedar ia kelihatan tipis selepas FAM bertegas menunggu April depan bagi pendaftaran kali kedua.
"Sebenarnya status Ivanov terdapat sedikit kekeliruan kerana dia memang beraksi dalam Divisyen Dua (Rusia) tetapi dipinjamkan ke Divisyen Tiga buat seketika.

"Saya optimis FAM akan benarkan Ivanov bermain selepas meneliti rayuan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), " katanya, yang akan membawa skuad Tok Gajah berkampung ke Kuala Lumpur selama beberapa hari bagi menjalani latihan mulai esok.[1]



[1] http://ligabolasepakmalaysia.blogspot.com/2011/12/dollah-mahu-pulih-maruah-pahang.html

Isnin, 11 November 2019

PDRM tagih magis Dollah

Putrajaya: Menteri Dalam Negeri merangkap penaung pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pasukan itu bangkit menjuarai Liga Perdana 2014 musim ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau menagih magis jurulatih PDRM, Dollah Salleh untuk mengemudi pasukan itu mempamerkan prestasi terbaik dan mencatat kejayaan cemerlang.


“Dalam setiap perlawanan kita perlu serius, kita mahu PDRM menjulang semula nama baik yang pernah terpahat pada 2007. Saya mahu lihat pasukan PDRM dapat masuk Liga Super,” katanya selepas melancarkan skuad Liga Perdana PDRM musim 2014 semalam.

Beliau memberi amaran kepada semua pemain dan pegawai pasukan supaya tidak terlibat dengan masalah rasuah dan menegaskan tidak akan berkrompromi dengan sesiapa yang didapati terlibat.
 Foto
ZAHID (kanan) berbual bersama pemain PDRM.


“Kalau ini berlaku (rasuah), jangan salahkan saya sekiranya pegawai atau pemain terlibat dikenakan tindakan sehingga kehilangan jawatan. Namun saya percaya kebajikan pemain dan pegawai PDRM (dijaga) baik dan perkara sedemikian tidak akan berlaku,” kata Ahmad Zahid.


Sementara itu Dollah menyatakan keyakinan PDRM mampu menjadi pasukan mantap dan menuntut pemain segera mencapai keserasian untuk muncul juara Liga Perdana musim ini.

Dalam pada itu, beliau enggan memberi komen berhubung desas-desus beliau antara calon jurulatih skuad Harimau Malaya menggantikan Datuk K Rajagobal.

“Saya tidak menerima sebarang kenyataan rasmi, cuma ada terbaca dalam surat khabar sahaja. Saya tidak boleh komen apa-apa, tumpuan saya sekarang ini adalah untuk pasukan PDRM musim ini,” katanya. - BERNAMA

SUMBER:Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Ahad, 3 November 2019

NS ikat 4 pemain KL, Johor dan Kelantan


ARKIB : 26/12/1998
KESUNGGUHAN semi finalis Piala Malaysia, Negeri Sembilan mahu memburu gelaran nampak ghairah apabila berjaya menambat empat pemain bakal memperkuatkan cabaran musim 1999, lapor AMRAN MULUP.
Empat pemain yang sudah ditambat oleh Negeri Sembilan terdiri daripada tonggak pertahanan Perak, Khairul Anuar Baharom, penjaga gol Kuala Lumpur, Azmin Azram, penyerang Johor, Azmi Mohamad dan pemain tengah Kelantan, Tuan Kamree Tuan Yahya.
Di samping itu juga, Negeri Sembilan juga turut menyambar pemain Selangor, Mohd. Rizal Hassan dan bekas pelatih skuad bola sepak kebangsaan yang digugurkan, Affandy Lokman.
Menurut pegawai atasan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), kelima-lima pemain sudah memberikan persetujuan menyertai Negeri Sembilan.
''Pada pertemuan singkat sebelum ini, mereka sudah memberikan persetujuan dan rasanya tiada masalah yang akan timbul selepas ini, tidak seperti mana yang berlaku ketika cuba mengikat Azman Adnan awal tahun ini,'' kata sumber itu semalam.
Kata sumber itu lagi, beberapa pemain dari negeri lain yang pernah mendapat tunjuk ajar Irfan ketika di bawah bekas jurulatih kebangsaan dan Olimpik, Claude Le Roy turut melahirkan hasrat untuk menyertai skuad Rusa.
Perak yang sebelum ini memberi jaminan Khairul akan terus bersama skuad Seladang sebaliknya terpaksa menerima hakikat terpaksa kehilangan tonggak pertahanan itu menghadapi kempen musim depan.
Malah sewaktu pertemuan pengurus pasukan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dengan pemain Perak yang menjulang Piala Malaysia Edisi ke-32 di Ipoh kelmarin, hanya Khairul tidak menampilkan diri.
Azmi Mohamad pernah menyarung jersi Negeri Sembilan musim lepas tetapi kempen musim ini dia yang turut dipanggil menjalani latihan skuad bola sepak kebangsaan tetapi diketepikan akibat kecederaan, kembali ke negeri asalnya, Johor.
Kontrak kesemua pemain itu dijangka berakhir 31 Disember ini.
Bukan lagi terlalu asing buat lima pemain itu bakal menyarung jersi Negeri Sembilan di bawah kendalian jurulatih Irfan Bakti yang dilantik menggantikan M. Karathu menghadapi kempen musim depan.
Kelima-lima pemain itu adalah juga anak didikan Irfan sewaktu mengemudi skuad bawah 23 tahun apabila dimahkotakan selaku juara Piala Kemerdekaan Bangladesh pada 1996.
Kehadiran lima pemain itu dijangka akan memantapkan skuad Negeri Sembilan bakal menggegar persaingan kempen Perdana Satu musim depan.
Sebelum ini, Negeri Sembilan mengekalkan beberapa pemain utama antaranya ialah Mohd Yazid, Zami Mohd Noor, Khairil Zainal, Faizal Zainal, B. Rajanikandh, Ching Hong Aik, Ahmad Shahrul Azhar, A. Ganeson, Affendi Julaihi dan Dollah Salleh.

NS bernafas Sabah kecewa


ARKIB : 22/11/1998

PERTAHANAN Perak, Khairul Anuar Baharom bijak menyekat gerakan pemain Negeri Sembilan, B. Rajanikandh pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi semalam. Negeri Sembilan dan Perak seri 2-2.


KELEBIHAN beraksi di gelanggang sendiri di dua gelanggang di Stadium Likas dan Tuanku Abdul Rahman di Paroi semalam jelas tidak menyebelahi tuan rumah.
Sebaliknya harapan untuk melakar suasana gembira bertukar duka.
Langkah awal di pusingan separuh akhir pertama Piala Malaysia sekadar mencetuskan keriangan kepada pelawat apabila Terengganu melenyapkan keutuhan Sabah hasil kemenangan 2-0 di Likas.
Manakala Negeri Sembilan nyaris rebah setelah ketinggalan 2-1 pada satu ketika bangkit menyamakan kedudukan dengan keputusan 2-2.
Berbekalkan kemenangan 2-0 milik Terengganu menerusi jaringan Wan Ahmad Ridzuan (m-40) dan Samuel Chebli (m-46), impian untuk mengapai kenangan silam layak ke perlawanan akhir pada 1982 hampir menjadi kenyataan.
Buat Negeri Sembilan kini berdepan dengan ujian getir berdepan dengan Perak di gelangang lawan Sabtu depan ketika Terengganu perlu mempertahankan kelebihan dua jaringan untuk merealitikan impian layak ke akhir.
Di Stadium Likas, HARON SHAFIE melaporkan, keunggulan Sabah bermain di gelanggang sendiri nyata tenggelam di sebalik kehebatan Terengganu mencipta dua jaringan pada babak pertama dan kedua sudah cukup melegakan untuk mengukir kemenangan awal.
Dalam tempoh 15 minit babak berlangsung jelas pemain tuan rumah menguasai pentas saingan ketika Terengganu tercari-cari rentak.
Wan Ahmad Ridzuan memulakan jaringan awal Terengganu melakukan tolakan mudah selepas penjaga gol berpengalaman Sabah, Khairul Azman Mohamad gagal menangkap kemas tandukan kencang Samuel Chebli.
Gol awal itu nyata menggamamkan seketika anak buah Ken Shelito. Sengat Saphou Lassy penjaring terbanyak Sabah nyata tidak menjadi.
Sebaliknya Terengganu mengambil kesempatan itu sebaik babak kedua berlangsung bekas pemain Perak, Samuel Chebli meledakkan jaringan cantik buat kali kedua menewaskan Khairul.
SABAH: Khairul Azman Mohamad, Veselin Kovacevic, Burhan Ajui, Andrew Majanggim, Mokhtar Dayoh, Dunian Sulog, Henry Soimpon, Yap Wai Loon David Rocastle, Suharmin dan Saphou Lassy.
TERENGGANU: Zubir Ibrahim, Azman Ismail, Annuar Jusoh, Syamsol Mohd Saad, Badrul Hisham Abdullah, Seidu Issifu, Samuel Chebli, Wan Ahmad Ridzuan Hussin, Rosdi Talib, Jean Nyima dan Roshadi Wahab.
Manakala di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pula, MEOR HARMAN SHAKRI melaporkan, Negeri Sembilan hanya berpuashati mampu mencatat keputusan seri 2-2.
Perak yang beraksi di hadapan 20,000 penyokong tuan rumah gagal menggunakan kesempatan mendahului lawan meskipun Negeri Sembilan ketinggalan 1-2 pada satu ketika.
A. Ganeson muncul sebagai penyelamat apabila menjaringkan gol keramat Negeri Sembilan pada minit ke-89 untuk mengikat keputusan seri.
Perak memperoleh jaringan pertama seawal minit kesembilan apabila bekas pemain skuad Olimpik 2000, V. Saravanan menanduk bola umpanan Nagaraja dari sudut kanan padang.
Gol Saravanan yang disenaraikan sebagai pelatih kebangsaan sekali gus membakar semangat skuad Seladang untuk meneruskan corak permainan pantas.
Reda dengan tekanan pelawat anak buah Karathu kembali mengatur gerakan dan pada minit ke-25 gol penyamaan yang dicari disempurnakan oleh pemain veteran Dollah Salleh.
Dollah bijak melakukan hantaran lambung selepas mendapat lorongan cantik Rosli Omar yang sudah cukup menewaskan penjaga gol pelawat V. Murugan.
Gol Dollah memberikan inspirasi kepada Negeri Sembilan untuk bermain dengan lebih konsisten.
Zami Mohd. Noor yang sering mengucar-ngacirkan pertahanan Perak gagal melakukan penyudah yang sempurna pada minit ke-27 dan 37 apabila tendangannya sering kali tersasar.
Perak terus berada pada kedudukan selesa apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-53 menerusi Azrul Amri Borhan.
Negeri Sembilan yang langsung tidak bermain dalam keadaan sebenar hanya mampu bertahan.
Keyakinan Perak untuk membawa buah tangan berharga apabila bertandang ke Ipoh tidak kesampaian apabila A. Ganeson bertindak sebagai pemusnah menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-89.
Tendangan bebas Rosli Omar hanya dikuis masuk oleh Ganeson yang berada pada kedudukan selesa di depan pintu gol.
Perak dan Negeri Sembilan hanya berpuas hati dengan keputusan seri apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Paroi malam tadi.
Perak yang di hadapan 20,000 penyokong tuan rumah gagal menggunakan kesempatan mendahului lawan meskipun Negeri Sembilan ketinggalan 1-2 .
A. Ganeson muncul sebagai penyelamat apabila menjaringkan gol keramat Negeri Sembilan pada minit ke-89.
NEGERI SEMBILAN: Faizal Zainal, B. Rajanikandh, Ching Hong Aik, Perdo Oliviera, Ahmad Shahrul, Rosli Omar, Dollah Salleh, Zami Mohd. Noor, Khairil Zainal, A. Ganeson, Mohd. Yazid Yatim
PERAK: V. Murugan, Raja Azlan, Chan Kok Heng, Khairul Anuar Baharom, M. Nagaraja, Gyorgy Takacs, Azrul Amri, Chan Wing Hong, Lim Seng Kong, Janos Kreska, V. Saravanan