MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
BIARPUN rekod pertemuan lebih
memihak kepada Pahang musim ini, ia bukan jaminan skuad itu mudah untuk
menewaskan Kedah pada separuh akhir pertama Piala Malaysia, Sabtu ini.
Pengendali Pahang, Dollah Salleh
berkata, kejayaan menewaskan Kedah 1-0 di Kuantan dan seri 0-0 di Alor Setar
dalam aksi Liga Super musim ini tidak boleh dijadikan ukuran.
"Memang Pahang memiliki
kelebihan berdasarkan dua perlawanan itu tetapi saingan Piala Malaysia terutama
di separuh akhir adalah pentas berbeza.
"Sebab itu saya mahu pemain
mengekalkan prestasi seperti dipersembahkan pada peringkat kumpulan dan suku
akhir jika mahu ke final.
"Saya harap pemain
disenaraikan nanti dapat bermain dengan cemerlang dan membawa bekalan selesa
apabila bertemu sekali lagi di Kuantan pada 26 Oktober ini," katanya.
Ditanya perkembangan dua pemain
import, Safuwan Baharudin dan Saddil Ramdani, masing-masing mewakili negara
Singapura dan Indonesia pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023,
Dollah mengesahkan Safuwan akan kembali menyertai skuad itu, esok.
Bagaimanapun, katanya, sama ada
Saddil sempat bersama Pahang hanya akan diketahui esok, bergantung kepada
jadual penerbangan pemain tengah itu.
"Saya difahamkan penerbangan
Saddil esok atau Jumaat ini memandangkan kali ini skuad Indonesia bermain di
Bali.
Tapi, Safuwan sah bersama skuad
Tok Gajah, esok.
"Tapi, saya percaya jika
Saddil tidak dapat bersama pasukan di Alor Setar Sabtu ini, pemain lain boleh
memikul tugas diberikan," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 16 Oktober 2019 @ 3:25 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan