MyMetroNode
Daripada Aziman Rosdi di Singapura
aziman@hmetro.com.my
Kontroversi luar padang terus menghimpit skuad Harimau
Malaya namun pengendali Dollah Salleh mahu anak buahnya kekal fokus menghadapi
misi hidup mati dalam kempen Piala AFF 2014 menentang musuh tradisi Singapura
di Stadium Nasional Kallang hari ini.
Selepas penyerang Safee Sali 'berperang' dengan penyokong
sendiri di media sosial kerana tidak tahan dengan kritikan penyokong selepas
tewas 2-3 kepada Thailand, kini disiplin pemain negara pula menjadi perbualan.
Semuanya gara-gara gambar tersebar luas di media sosial
yang memperlihatkan Safee sedang menghisap rokok ketika makan malam di sebuah
restoran bersama beberapa rakan sepasukan kelmarin.
Namun Dollah tidak mahu mengulas lanjut mengenai insiden
itu sebaliknya hanya mahu menumpukan misi menewaskan pasukan tuan rumah
Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B untuk mara ke separuh akhir.
"Saya tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan
mengenai hal ini. Saya hanya mahu fokus kepada persiapan pasukan saja,"
katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Stadium Bishan, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November
2014 @ 5:03 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan