MyMetroNode
Kluang: Jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh
berharap anak buahnya dapat memberikan persembahan terbaik ketika menentang
Syria pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, Rabu ini.
Beliau berkata, perlawanan persahabatan itu mampu menguji
persediaan pasukan dalam menghadapi saingan Kumpulan B Piala AFF Suzuki di
Singapura bermula hujung bulan ini.
“Saya amat berharap pada perlawanan persahabatan dengan
Syria, kami akan dapat memberikan saingan walaupun kami tahu kedudukan pasukan
Timur Tengah itu mencapai tahap Eropah,” katanya semalam.
Beliau berkata, persiapan dilakukan pasukan kebangsaan
selama seminggu di Johor membuatkan pasukannya lebih berkemampuan untuk
bersaing dengan Syria.
Mengenai latihan skuad Harimau Malaya di padang tiruan di
Stadium Kluang, beliau berkata, ia sedikit sebanyak mampu menyediakan pemainnya
untuk menyesuaikan diri dengan padang tiruan di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Menurutnya, kualiti padang tiruan di Stadium Kluang jauh
lebih baik daripada Stadium Jalan Besar, namun pemain kebangsaan lebih berminat
bermain di padang rumput asli. - BERNAMA
SUMBER=Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:13 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan