MyMetroNode
Daripada Aziman Rosdi di Singapura
aziman@hmetro.com.my
Perlawanan belum bermula namun Singapura sudah mula
'mengasak' Harimau Malaya apabila tidak membenarkan skuad kendalian Dollah
Salleh menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Kallang menjelang aksi
Kumpulan B Piala AFF esok.
Selepas dua perlawanan awal di atas padang rumput tiruan
Stadium Jalan Besar, Dollah amat berharap anak buahnya diberikan peluang
menguji padang rumput asli di Stadium Nasional bagi sesi latihan rasmi.
Namun beliau terkilan apabila permintaan mereka tidak
dipenuhi pihak tuan rumah yang hanya menyediakan Stadium Bishan sebagai lokasi
latihan bermula semalam.
"Saya terkilan kerana sepatutnya kita diberi peluang
berlatih di sana (Stadium Nasional). Berdasarkan maklumat saya terima daripada
FAS (Persatuan Bolasepak Singapura) pihak Sports Hub tidak membenarkan kami
menggunakan padang itu.
"Bagi saya ini tidak adil kerana Singapura ada
kelebihan kerana sudah dua kali bermain di sana," katanya ketika ditemui
pada sesi latihan di Stadium Bishan semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November
2014 @ 5:03 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan